17 April, 2010

Post Gatsby Deodorant Street Fair

Pada pandangan saya, bangun tidur awal pada waktu pagi hari sabtu seharusnya dianggap sebagai suatu kebolehan luar biasa. Lebih-lebih lagi jika waktu bangun pagi itu adalah awal sebelum pukul 10pagi lagi. Memandangkan malam sebelum biasanya dipenuhi aktiviti rancak, waktu bangun pagi hari sabtu yang afdhal bagi saya seharusnya bermula selepas jam 11 keatas.

Hari ini hari Sabtu, dan buat jarang-jarang kalinya saya membuktikan bahawa saya juga mampu memiliki kebolehan luar biasa ini. Bak kata syarikat alat sukan antarabangsa, Impossible is nothing. Ataupun Nothing is impossible? Hhmm apa-apa jelah..

Terus bersiap dan merembat kereta sepantas angin hanya untuk berkumpul dalam kesesakkan lalulintas diantara Bukit Bintang dan Pudu. Serious weh, bilalah masanya jalan ni tak jam? Tefikir jugak kenapalah semangat sangat nak sampai awal ni. Tiba dan terus register dengan seorang amoi jelita. Tengok amoi jelita, stress jalan jam, beratur panjang, terus lupa semua. Ish ish ish. Dialog dengan Amoi Jelita seperti berikut, teks dalam kurungan adalah perkara yang sepatutnya tapi tak sanggup saya cakap. Well, JFF.

Amoi Jelita: Are you bringing any guess?
Imran Syafik: Yeah, he's coming (since my guess saya tak sanggup bangun pagi, are you free?)
Amoi Jelita: Is he here yet?
Imran Syafik: No, he'll be here around 2 (itu pun nasib baik kalau dah bangun) (he's not here, but you are right?)

Memang nampak loser bila datang keseorangan, tapi dengan perangai kawan-kawan yang sedia ada, memang tak payahlah nak kacau mimpi indah mereka. Yang diajak pun hanya yang saya tahu dia terpaksa bangun awal pagi untuk pergi career fair kat Mid Valley.

Haha, merapu meraban panjang gila. Cerita eventnya entah bila. Ok secara ringakasnya, mula dengan perasmian. Antara mereka yang terlibat boss Nuffnang, boss Malaysian Book of Records, boss Gatsby dll. Sorrylah nama memang tak ingat langsung. Terfokus lebih kat hadiah-hadiah atas pentas, serious terliur tengok. Eyes on the prize bebeh. Untuk makluman, kehadiran boss Malaysian Book of Records adalah kerana ini adalah 'The Largest Bloggers' Gathering in Malaysia', so far. Tak payah nak bangga sangat cerita Imran, buat biasa jer.

+ hadiah tersusun rapi atas pentas, mari kita lihat siapa yang kena.

Lepas perasmian, pelbagai booth permainan bermula. Antara yang paling menarik mechanical bull riding. Ala-ala koboi lah punya game. Memandang memang berhati koboi sejak baligh lagi, bila nampak terus try. Game pertama dan terakhir main. Berkali-kali main dan paling lama bertahan pun lebih kurang 20 saat jer. Personal record tu. Habeh melecet tangan den, kuang hajaq punyo kobau.

+ semudah-mudah permainan. baling tin, eh bukan. baling bola ke tin.
+ paling menguji kesabaran. pancing-memancing memang bukan untuk saya la tokey.

Ok, permainan yang paling enjoy mestilah yang dapat dimain bersama. Seperti yang ini



+ haruslah semua keempat-empat gambar membelasah orang. gambar dibelasah pasti bukan untuk tatapan umum.


+ adamarjuna, senior waktu belajar dulu. tak sangka boleh jumpa sini
+ kawan - kawan penulis yang lain. ayu the sun, tulipmalam, dll

Setelah jumpa HZ sebelum ni, kali ini berpeluang bersua dengan AY. Dia semacam gabra disapa tiba-tiba, saya (yang tidak dikenali) pun tak nak cerita panjang. Terus cari alasan buat kerja lain. Yelah Imran, padahal kau pun gabra jugak kan, haha. Ok setelah puas bermain, masa untuk mengira kupon. Wah wah wah, 44 points semuanya. Cukup untuk redeem 4 produk Gatsby. Semua angka 4, patutlah langsung takde harapan menang cabutan bertuah.


+ hair product yang pandai-pandai diredeem entah bila nak guna. rambut gua en natural beb

Eh, mana cabaran gusti sumo?

Imran Syafik
baru perasan, 'salt me right' susah nak sebut