Apa khabar semua? Kita bertemu lagi. Setelah sekian lama menyepi, kini aku menulis lagi. Chewah.. Rhyming tu..
Ok. Kali ini saja nak bercerita tentang hujung mingguku. Sebelum bermula, entri kali ini digalakkan dibaca dalam slanga bahasa kedah darul aman. (memandangkan baru balik dari sana). Walaupun akan ditulis dalam bahasa rumi.
Sedang dalam perjalanan, tiba-tiba kereta kami rosak lah pulak. Hahaha, macam tulis karangan sekolah rendah pulak rasanya. Kerosakan tidaklah seteruk mana, cuma overheating jer. Maka kami pun terpaksa berhenti di tepi highway, menanti yang tak pasti. Nota pertama tentang rakyat Malaysia: mereka memang prihatin. Ada juga 2/3 kereta yang berhenti untuk membantu. Tapi masalah kami pada ketika itu sudah hampir selesai. dan tidak banyak yang perlu dilakukan. Kereta sudah tidak overheating lagi, dan radiator sudah diisi air dengan penuh. Didapati ada kebocoran pada dan kami harus berhenti sekali-sekala untuk mengisi air. Target kami untuk sampai ke destinasi sebelum jam 1130pagi. Kenapa? Teruskan membaca. Hah, bagi elemen suspen sikit walaupun taklah sangat.
Setelah tidur sepanjang perjalanan, kami tiba jam 1245tghari. Kan dah kata, mesti lambat punya. Berehat seketika dan terus pergi ke masjid untuk solat jumaat. Sebenarnya tujuan balik kampung kali ini adalah kerana kepulangan atuk saudara ke rahmatullah. Dipersilakan membaca Al-fatihah. Sila juga baca dengan ikhlas kerana arwah baik orangnya. Kami menziarah kubur sebaik selepas solat jenazah. Tahlil dibuat pada malam itu di masjid berhampiran rumah makcik.
Alang-alang perjalanan jauh, kami bermalam di kampung. Dahlah jarang balik kampung, kalau balik hari jugak, memang nak jadi si Tanggang. Nak dipanjangkan cerita, lagipun ada jemputan masa kecederaan untuk majlis kahwin dekat-dekat dengan sungai petani. Petang itu, ikut atuk saudara yang bernama Tok Andak (Atuk paling senior) pergi mengait buah kelapa. Mulanya memang malas, panas punyalah amat petang tu. Tapi setelah dicabar tok saudara sendiri tentang betapa orang kolompo ni tak reti mengait buah kelapa, terus semangat membara. Walaupun terik macam seterika panas, maruah orang kolompo harus dipertahankan. Sebagai bukti sila tengok puas-puas gambar berikut. Jangan tercekik sudah..
Gambar kiri: Siapa kata orang kolompo ni lemah? 9 biji bukti
Gambar tengah: Itu bukan saya, tu abang saya. Dia memang gigih.
Gambar kanan: Itu ayah saya, bukan atuk saya. Kecik hati kalau dipanggil atuk.
Makan malam kami ditaja oleh makcik dikampung. Jutaan terima kasih diucapkan. Makcik memang handal memasak. Kalau tak percaya, jemput datang rumah dia. (jangan pandai-pandai, hanya tertakluk kepada kawan-kawan rapat sahaja). Sebagai bukti kehebatan makcik, oleh kerana terlalu lahap menjamu selera, tiada gambar sempat diambil..
Keesokkan harinya, kami bertolak ke sungai petani. Dengan perut yang kosong, semestinya. Sebelum itu, Kereta yang rosak telah dibaiki dengan harga yang anda pasti tidak percaya. Kami sampai agak-agak jam 3petang. Setelah berkenalan saudara-mara jauh, kami makan. Ketika sedang sibuk makan, bonda dari jauh ingin memperkenalkan kami kepada auntie-auntie (serba salah panggil makcik). Mungkin tidak patut didengari kami, tapi memang tak dapat lupa apabila bonda menyebut, "yang kurus tu anak pertama saya, (sambil menunjuk kearah abang), yang gemok tu hah, anak kedua (sambil menunjuk kearah anda tahu siapa). Walau bagaimana pun, saya redha dan sedar diri.
Tak habis-habis lagi cerita ni. Lepas makan kenduri, ayahanda dapat jemputan untuk makan lagi. Hish, asyik-asyik cerita makan. Untuk menyedapkan hati sendiri, mula menyimpan azam untuk tidak akan makan waktu malam nanti. Kali ini, kami meneruskan perjalanan ke Balik Pulau, Penang. Makan durian tepi dusun. Memandangkan bonda memang hantu durian, banyak durian terkorban petang itu.
Gambar kiri: Tok Andak, champion makan durian petang itu. biji tu semua dia punya. (sila percaya)
Gambar tengah: Abang Ayin yang jemput kami baru lepas operation appendix minggu lepas dan dinasihatkan untuk tidak makan durian. oh sungguh ironik..
Gambar kanan: Bonda menghulur sejumlah wang kepada tuan dusun setelah tewas kepada Tok Andak.
Cerita tentang durian, pasti ramai yang tahu yang makan durian memang memanaskan badan. Untuk tidak panas, anda tadah air pada ulas durian tersebut dan minum. Itu ramai yang tahu. Ada satu lagi petua, yang ni mungkin ramai yang tak tahu. Untuk mengelakkan tangan berbau durian. Cuci tangan anda dari air yang dijirus dari kulit durian. Petua turun temurun dari orang lama-lama menurut ayahanda. Berkesan atau tidak, anda cuba sendiri. Saya tak tahu sebab saya cuci tangan awal. Kalau anda ada petua lain, sila tambah. Mungkin satu nanti kita boleh tulis buku pasal durian.
Setelah puas, kami singgah ke rumah Tok Su (atuk favourite masa kecik). Sampai disana kami di jemput makan lagi. Mulanya ingin menolak, tapi godaan nasi ayam lazat yang tak henti-henti memanggil membantutkan azam yang tersimpan. Untuk menyedapkan hati, azam tersebut ditunda keesokkan hari. (jarang berlaku, wajib dipercayai). Setelah habis makan dan bercerita panjang, kami memulakan perjalanan pulang pada jam 1130malam. Tiba di kolompo jam 230pagi. 3 jam dari Kulim ke Taman Tun. Siapa berani debat kata orang kolompo lemah?
imran syafik
No comments:
Post a Comment