26 July, 2010

3 purnama bertapa

Whew,
Pejam celik, pejam celik. Dah 3 bulan semenjak entry yang terakhir. Banyak kejadian yang nak direkod ikutkan, tapi kesibukan duniawi kota metropolitan menjadi penghalang. Tambahan lagi laptop usang tua berkedut-kedut ni banyak buat hal. Setakat format HD (bukan high-def) tu, dah jadik acara mingguan. Tapi, walaupun laptop sudah berusia tahap veteran, ianya masih banyak berjasa (amik hati balik). Ok, mungkin nanti bila ada masa boleh cerita kisah-kisah lepas.

(bertapa: gambar hiasan tiada kena mengena. dirembat dari sini)

Setelah sekian lama, perasan ada beberapa perubahan terjadi. Antaranya, status nuffnang sudah bertukar menjadi ordinary (non-exclusive) yakni bermakna biasa-biasa sahaja ataupun tiada yang istimewa. Ni mesti sebab bubuh iklan YS dulu. Ada yang pesan suruh buang sebab depa ni bersaing. Tapi tak sempat-sempat. Password pun dah ingat-ingat lupa sebenarnya. Sekarang advert lain dah dialihkan, nuffnang sila buat kerja anda. :)

Perubahan lain, untuk mengganti advert yang lepas, saya letak gadget followers disebelah tepi tu. Taklah nampak kosong sangat kan. Ikutkan, memang tak suka nak letak gadget followers tu. Seakan riak pulak nak tayang konon-konon. Kau bukan selebriti hai Imran. Walaupun tak sesuai dijadikan ikutan, at least letak jugak agar boleh dijadikan tauladan.

Satu lagi, link dari HZ. Terkojut den bilo trafik menaik ni hah. Tak dapek den nak balaih jaso. Cumo ucap terima kasih udah la yo?

Perubahan akhir, tambahan langganan untuk digunakan untuk membuang masa di tempat kerja nanti. Hehhe.. Jemputlah melawat mereka, itu kan amalan kita 1Malaysia. Pesanan khidmat masyarakat.

imran syafik
ditiup bagai debu