Tetapi kini semenjak Ayahanda dan Bonda semakin hampir dengan usia persaraan mandatori, bebanan kerja mereka dilihat lebih ringan. Oleh kerana punya lebih masa terluang, kami tiada alasan untuk tidak pulang. Tambahan lagi, dengan adanya anak-anak besar panjang yang sudah berlesen memandu penuh. Biarlah mereka menjadi mangsa untuk memandu jauh. **kepada anak-anak yang masih dihantar ayahanda bonda kemana-mana, hargailah mereka.
Selain memenuhi tanggungjawab terhadap keluarga dan saudara mara dengan acara melawat dan sebagainya. Ayahanda pulang tidak lain tidak bukan lagi untuk melihat perkembangan projek pasca persaraannya. Terletak di Sg. Seluang Batu 8, projek ini masih lagi dalam frasa awal disamping pembinaan semula. Tak perlulah saya merapu-meraban panjang lebar. Cukuplah dengan beberapa keping gambar sebagai bukti.
+ respon ayahanda bila sudah terpengaruh dengan perangai anak-anak yang ketagih bermain farmville, barnbuddy dsb. (anak-anak lain kecuali saya)
+ bila sudah siap nanti, bersedialah anak-anak untuk dengar ayahanda kata "apa barang buat virtual punya!". harap tidak disambung dengan ketawa besar.
Projek pasca persaraan Bonda lain pula, jauh mengambil stok baru di Jalan Kapitan Keling, Pulau Pinang. Yang ini lagilah langsung saya tak digalakkan cerita, demi keselamatan kami sekeluarga. Cuma jika betul bercita-cita jadi MamiJarum boleh contact Bonda saya.
+ kerana tidak biasa dengan feri, kejakunan jelas kelihatan di raut muka mereka
+ nasik kandar beratur, harus singgah setiap kali ke sana
Doa saya semoga projek mereka masing-masing berjaya dengan gilang-gemilang penuh gemerlapan. Sebagaimana mereka sentiasa berdoa untuk kejayaan saya.
Imran Syafik
setelah sekian lama, masih lembab jalan-jalan sebelah utara
No comments:
Post a Comment