Oh tidak, cerita tentang perkahwinan lagi. Musim atau memang pada usia sebegini dapat banyak jemputan. Kali ini, perkahwinan adalah antara Shahrul Hanim & Sarizal berlangsung di Lembah Impiana, Kulim Kedah. Saudara sebelah ayahanda saya.
Walaupun majlis dibuat dibuat secara sederhana, bagi saya ianaya agak special sikit. Pada majlis inilah saya, adik-beradik, saudara-mara & kawan-kawan terlibat secara dekat & rapat dengan segala apa kerja yang patut dibuat disamping belajar secara crash course tentang persiapan-persiapan awal sebelum berlansungnya majlis. Segala kerja memasak, merebus, membancuh, menyusun, menghias, mencuci dibuat sendiri secara kerjasama. Ya ya, kerjasama memang penting. Mungkin tak nampak banyak kerja, tapi bila dikhususkan dengan terperinci, ianya menjadi agak banyak kerja.
Contoh 1;
membancuh minuman untuk seorang minum memang senang, budak tadika pun boleh buat pakai satu tangan sambil tutup sebelah mata. Tapi bila anda membancuh 2 jenis minuman untuk 1000 orang? It takes a real man to do it.
Contoh 2;
memcuci pula terbahagi kepada beberapa kategori. Antaranya, mencuci pinggan mangkuk periuk belanga sudu garfu & gelas minuman, mencuci kerusi meja, mencuci kawasan sekitar rumah, dan tidak dilupakan mencuci telur ayam sebelum ianya direbus.
Baru 2 contoh, anda sudah penat membaca. Belum masuk bab memasak, menghias & menyusun lagi. Tak perlulah cerita semua penat lelah, nanti ada pula yang kagum terus offer untuk tulis buku persiapan perkahwinan pulak.
+ malam berinai, kalau waktu kecil dulu pasti sudah join penuh satu tangan.
+ membungkus telur rebus & godies bag. nampak sahaja macam operator kilang, bukan sebenarnya.
+ pak andam aizat, dengan penuh seni menghias bilik pengantin. bonda mungkin ragu-ragu, engineering tak sesuai untuk kamu.
+ keluarga pengantin
+ 4 generasi dalam 2 gambar
+ gambar penghargaan antara sempat diambil, orang-orang kuat majlis dan orang-orang kuat makan.
sedang sibuk tolong-menolong, tiba-tiba disapa dengan nama penuh oleh makcik yang ingat-ingat lupa (ok mengaku, lupa terus sebenarnya),
diberitahu bonda dua orang ni yang sering jaga saya ketika kecil dahulu, sekarang sudah hampir/lebih tinggi
mereka hebat kerana masih ingat setelah berkurun tak jumpa, terus teruja & ambil gambar
diberitahu bonda dua orang ni yang sering jaga saya ketika kecil dahulu, sekarang sudah hampir/lebih tinggi
mereka hebat kerana masih ingat setelah berkurun tak jumpa, terus teruja & ambil gambar
+ sesi sebegini harus ada pada setiap majlis perkahwinan
Sejujurnya memang penat tak sikit punya agak bila buat majlis sebegini. Tapi ada ramainya sanak-saudara berkompol (sebutan bonda), kerja pun jadi meriah dan fun. Bonda dah siap warning awal-awal upah catering sahaja untuk majlis anakandanya sendiri nanti. Maklumlah, dia orang bandar.
Tak lupa ucapan tahniah kepada pasangan-pasangan lain yang turut tidak sabar untuk membina mahligai perkahwinan. Semoga terus bahagia ke anak cucu, cicit and beyond.
+ Maria Isha & Mohammad Shahdaus
+ Mariam Isha & pasangan
+ Rafiq Zakaria & Yatie
+ Munirah Azma & Tengku Farhan
+ Shazatul Bazria & Mohd Fazli
+ Nurul Amira & Megat Dzulkarnian
Imran Syafik
kasihan orang tiada kampung
No comments:
Post a Comment