17 August, 2012

Nota seorang? seekor? Grinch Hari Raya

Semasa menulis menaip ini, kalender Islam bertarikh 29 Ramadhan 1433. Bermakna 2 hari lagi tibalah kedatangan Syawal, Hari Raya yang ditunggu-tunggu. Baiklah, apa yang saya nak cerita sebenarnya hanyalah lintasan benak fikiran saya kecik, sempit, lemah & tak seberapa ni. Alang-alang terfikir, let me record this while its still in me.. 

Bulan Ramadhan dianggap bulan bonus bagi umat-umat Islam. Orang Muslim seluruh didunia. Bulan dimana segala amalan dilipatganda berkali-kali. Peluang dimana kita buat cuma satu, tapi dapatannya lebih. Lebih entah berapa saya tak tahu. Wallahualam. Cuma bila difikirkan semula, dipenghujung bulan ini. Barulah saya terfikir berapa banyakkah kesempatan peluang ini yang telah kita semua manafaatkan. Berapa banyak?

Berapa banyak yang wajib?
Berapa banyak yang sunat?
Berapa banyak yang harus?
Berapa banyak yang makruh?
Berapa banyak yang haram?

Berapa banyak solat kita?
Berapa banyak sedekah kita?
Berapa banyak zikir kita?
Berapa banyak tadarus kita?

Cukup banyak ke untuk diraikan? Untuk kita seronok-seronok? Untuk kita lepas masuk syurga? Untuk lepas kita seksa neraka? Tepuk dahi tanya diri sendiri..

Sambutan sempena kejayaan melawan hawa nafsu? Ok, kita tengok hawa nafsu kita camne lepas bulan ni? Betapa boleh kita kawal? Check check rock rock..

Bulan memohon keampunan / kemaafan? Bulan ziarah? Eratkan silatulrahim? Ok tu patut bila-bila pun boleh. Asalkan ikhlas..

Bulan bonus dah nak berakhir ni. Tapi kita nak menyambut penuh gembira? Oklah, kalau tak faham jugak, ini contohnya; syarikat tempat kita berkerja mencari rezeki sebelum ni mengamalkan pemberian bonus setiap bulan. Tiba-tiba boss nak hentikan pemberian bonus ni Responnya dengan membuat celebration tiba-tiba. Buat open house, masak sedap-sedap, beli baju baru bagai. Pelik tak? Ok, diakui teruk betul contoh ni. Tak memberi gambaran langsung. Ahh korang fikir sendirilah. Nanti dah dapat idea baru letak..

Ada cerita dulu-dulu, di penghujung Ramadhan jer. Orang bersedih sebab manafaat bulan bonus dah nak berakhir. Tapi sekarang ni, lansung tak rasa apa-apa. Takde penghayatan lansung. Feel tu takde. Nampak sangat tak cukup amalan. Tidak merebut peluang. Oh, itu saya. Lansung takde kena mengena dengan anda semua.

Ok, menulis menaip ni saja dah rasa serba bersalah. Terus rasa taknak sambut raya. Malas nak wish raya kat sesiapa. Rasa tak layak nak sambut. Nak pindah duduk dalam gua bertapa..

(Grinch: at least senyum tu sedekah)

Anyway,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR & BATIN
(tolong jangan pulau saya)


imran syafik
cakap pandai, buat tengok