Setelah mendapat apa yang terpampang diatas, mula membuat saya terfikir 'pergi bersama siapa?'
Setelah sedar yang saya ini sememangnya bukanlah seorang peminat musik Indonesia yang tahap menghafal semua lagu, terkenanglah kepada seorang mamat yang memang minat lagu-lagu indonesia tahap aircond full-blast (jauh lebih tiggi dari tahap kipas susah mati). Sesiapa yang mengenalinya ketika di UiTM Johor, pasti setuju bahawa gelaran 'database lagu2 indone' selayaknya dianugerahkan kepada dirinya. Maklumat tambahan, bekerja sebagai pegawai di jabatan kesihatan membuatkan Aidil bertambah-tambah 'sehat' (bukan 'sihat', lihat gambar berikut untuk pemahaman lanjut).

Sebelum ke destinasi, kami singgah di Canadian Pizza untuk makanan tengahari.
+ Pizza Meatlover
+ Lasagna
+ Nuget, Wedges cicah Keju
+ Roti Garlic
+ Ice Lemon Tea
Set yang dicadangkan untuk 4 orang berjaya diselesaikan oleh kami berdua. Tidak hairan disitu kerana jumlah campuran berat badan kami berdua memang cukup untuk 4 orang (jumlahnya terpaksa dirahsiakan). Oleh kerana tidak ditaja, ulasan lanjut tentang makanan tengahari akan disimpan untuk diri sendiri (sila email kami jika mahu).
Antara pemuzik paling best (bagi saya) tentulah SheilaOn7. Mungkin sebab lagu-lagu mereka sahaja yang dihafal sikit-sikit. Ataupun mungkin sebab cara mereka yang sememangnya fun, bertenaga dan penuh lompat sana-sini. Persembahan medley2 live mantap mampu membuatkan anda tersenyum sepanjang tidur malam. Mendengar muzik mereka mengingatkan kepada gadis bernama Safiah/Sephia waktu zaman sekolah menengah yang diminati kawan meja sebelah. Syabas buat SO7 kerana berjaya membuat saya ingin pergi lihat mereka, jika ada lagi.
Bagi Aidil, dia datang kerana Gigi. Oleh kerana Gigi muncul johan sebagai muzik paling top di Seberang (ala Juara Lagu) kami sanggup berhimpit dengan orang ramai untuk dapat standing depan sekali. Jangan jelous kami berada sangat depan hingga hampir terkena percikan peluh pemuzik2 aktif malam itu. Aidil memang layan habes tahap penyanyi professional karaoke jamban, tapi harap maaf saya kurang masuk sikit muzik macam tu.
Secara keseluruhan, tahniah kepada penaja, penganjur, seluruh pemuzik-pemuzik pada hari itu yang sememangnya 'Keren Bangat' (terjemahan masih kurang pasti). Sila buat lagi lain kali.
Sebelum mengakhiri entri kali ini, disenaraikan 10 sebab saya bersyukur pergi bersama Aidil..
+ dijadikan tempat bersandar selesa bila penat berdiri ketika menonton
+ sesuai ditepuk badannya mengikut irama lagu
+ tempat rujuk hampir semua lirik-lirik
+ pusat maklumat pemuzik2 Seberang (who,where,when,what,which,how semua dia tahu)
+ senang dicari jika hilang
+ berasa selamat
+ mudah mendapat ruang
+ sanggup memandu setelah penat melompat & berjoget semalaman
+ belanja minum
+ kenalan local scene boleh dibuat kawan baru
P/S: Aidil, next year punya tiket ko harus belanja. Penat aku fikir semua ni..
imran syafik

No comments:
Post a Comment