09 July, 2009

Biar radio rosak, Jangan akhlak rosak


"Toot, toooot, sari berita terkini,
Seorang lelaki, dipercayai berumur lingkungan pertengahan 20-an dijumpai gila setelah didapati hidup tanpa internet selama 2 minggu."
(terbukti tidak tertakluk kepada saya)

Bermula 2 minggu lebih sikit yang lalu, perjalanan jauh hujung minggu yang diajak Aidil lagi tidak dapat ditolak lagi. Tidak sampai hati melihat dirinya pergi seorang diri setelah diajak berkali-kali. Destinasi perjalanan jauh kali ini, tidak lain tidak bukan Pasir Gudang, Johor. Jauh bukan, adalah lebih kurang 350km. Tengok peta, kan dah dekat sempadan Singapura tu. Itulah, siapa kata kelas geografi tak penting. Berbalik kepada cerita, tujuan perjalanan adalah untuk menonton.. jeng jeng jeng...



Setelah minggu sebelumnya pergi menonton PMI3, minggu ini sebagai warganegara yang prihatin & patriotik kami menyokong penuh industri muzik tempatan. Sedar diri usia yang sudah lanjut ini, tetapi apakan daya masa muda-mudi dulu tak berpeluang membuat angkara-angkara seperti begini. Dalam perjalanan kami singgah di Melaka berhenti rehat di rumah sewa kawan lama tak jumpa, Hafiz yang baik hati & berbudi pekerti. Kami bertiga menikmati makan larut malam di tepian pantai Umbai sambil ditiup hembusan angin nyaman dingin malam. Oh indahnya..

Setelah bergilir-gilir memandu, kami tiba di Pasir Gudang pada waktu hening Subuh dengan perasaan seperti pernah sampai ke sini, buat-buat pandai akhirnya kami berjaya sesat. Penat memandu mencari jalan, akirnya berjumpa Hotel Selesa yang telah ditempah dan terus check-in. Menanti sekian lama di lobi bersama laptop gedabak ini mencari internet, akhirnya diberitahu sistem wifi hotel agak bermasalah pada ketika ini. Terus menuju ke cafe untuk menikmati sarapan dengan pasrah. Setelah waktu sarapan tamat (tak habis waktu kami tak berhenti makan) bergegas ke bilik untuk tidur. Bangun waktu zohor untuk bersiap pergi menonton RadioRosak woh. Maklumat lanjut sila tekan sini.

Tidak tersangka berjaya mendapat backstage access pass, terima kasih kepada Aidil & IzuanAuburn. Berada dikalangan mereka mencetus cita-cita menjadi jurukamera. Malangnya kamera lupa dibawa. Sungguh teruja apabila dapat bersalaman dengan lagenda rock Amy Search woh. Kalau boleh tak mahu basuh tangan seminggu. Sebagai tanda penghargaan kepada Auburn, saya menjemput anda untuk tekan sini, sana & situ..

Letupan bunga api menjadi penutup acara. Saya pulang ke hotel untuk berehat dan terus tidur. Selepas pertandingan 'siapa boleh makan lebih' pada sarapan pagi keesokan harinya, kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

(bersambung)

imran syafik

No comments: