24 July, 2009

Urusan Kerajaan (budak kecik jangan masuk campur)


Came back from Friday Prayers and came upon this in the mailbox. I mean the house mailbox..


Amatlah terkejut, kerana ianya bukanlah surat layang. Malah lebih terkejut kerana ternyata juga bukan surat saman. Setelah tidak berapa lama menanti, akhirnya surat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kunjung tiba. Tarikh yang dinanti-nanti? 8Ogos2009. Antara 2minggu yang terpenting dalam hidup.

Dengan ini, sesiapa yang masih membaca diwajibkan, diulangi WAJIB berdoa agar saya berjaya dengan cemerlang. Dengan izinNya saya berjaya, teh tarik & roti canai percuma dihidang dirumah saya (tertakluk kepada terma dan syarat). Sebelum berpisah, sesiapa yang terluang untuk berkongsi pengalaman memberi tips, cadangan, pandangan, soalan spot, dan apa-apa sahaja. Silalah, jangan malu jangan segan. Buat macam rumah sendiri.

Sekian,
imran syafik

No comments: