29 October, 2009

Not an IB virgin anymore

Remember the KlPac Open Day '09 tagline?

"dont be a KlPac virgin"

As what happened last night, I'm proud to announce that i am no longer an Istana Budaya virgin. It was a superbly amazing night, one i would always cherish as the first. However, I realize that i was inexperience and so my mind was wandering lost in a maze. I am scared of any wrong doings i might have caused, scared of not doing it right the first time. What if 'she' doesn't like me? Will i get a second chance? Will this opportunity 'cum' by ever again? Finally, the moment of truth, i endured myself through it calmly and end up wanting more, wishing it would continue all night long. Ok, lets not get carried on too much :P

CUCI the musical starring, please refer following image.


Jika diminta memberi komen. (Ahh, takde takde. Tak mintak komen pun nak tulis jugak)

Bagi saya, sememangnya barisan pelakon yang sangat mengagumkan. Kimia Chemistry antara mereka cukup sihir magic & mengalamun dreamy. Gandingan yang terbaik dan memang susah nak carik yang lebih terbaik dari mereka. Para penari mantap yang sungguh menggiurkan eh silap lagi, menghiburkan. Nampak mereka sangatlah fun dan body mereka sungguhlah hot-hot belaka. Mulalah terasa ingin mengajak rakan-rakan, adik-beradik, saudara-mara, jiran-jiran, orang lalu-lalang untuk mula masuk kelas menari dan jadikan menari sebagai acara tetap mingguan.

Iringan muzik pun memang terbaik. Kalau buat cd pun bagus sangat. Confirm akan beli, kalau harga berpatutan. Bagus lagi jika harga berpatutan dan berkemampuan untuk saya. Nyanyian para pelakon pun hebat, esspecially Adibah Nor & Awie. Antara scene yang paling exciting. Walaupun macam mana pun, ada sedikit gangguan-gangguan bunyi agaknya pada malam tu. Ada sikit babak yang tak dengar dialog. Ataupun mungkin salah telinga sendiri.

Pentas pun tak kurang dasyat. First time tengok pentas boleh transform-transform. Jakun & kagum seketika. Maklumlah, saya orang kampung. Setiap scene ada jer latar-latar yang sewaktu dengannya. Teruja jugak tengok scene masa WWO tu. Belay device apa ehh diorang pakai?

Storyline pun kuasa power. Walaupun jalan cerita lebih kurang macam dalam filem. Tapi berganda-ganda jauh lagi best tengok teater musikal. Jalan cerita penuh lawak berkualiti tinggi mampu membuat anda ketawa besar hingga membuat bunyi snort berkali-kali tanpa henti (bukan saya). Saya syorkan anda beli tiket sekarang. Lagi cepat lagi bagus. Kalau-kalau ada tiket terlebih tu, tak perlulah segan-segan untuk jemput saya sekali. Alamat emel ada kat sebelah atas kanan tu. Jangan buat-buat tak nampak atau lupa pulak.

Secara keseluruhan, saya bagi rating 8.5 / 10 ataupun 85 kalau per 100. Mungkin patut lebih lagi. Cukup tinggi bagi seorang penilai yang langsung takde pengalaman macam saya ni. Kalau nak ajak tengok banyak-banyak kali pun, akan cakap "Takde hal lah". Walau bagaimanapun, terpulang kepada anda semua untuk menilai penilaian saya ini.

Untuk segala maklumat tambahan, layari laman sesawang berikut www.cucithemusical.com

Berikut adalah beberapa gambar yang sebenar (bukan super-impose) kebanyakkannya diambil dari album Celebrity Stalker.



Imran Syafik
orang kata: hanya bila ada kamu

2 comments:

aidiL said...

terima kasih aidiL ^^

Imran Syafik said...

Terima kasih Aidil. Jasamu ku kenang. Tanpamu siapalah aku. Hehehe :)