Bola beracun? Baling selipar? Bilakah kali terakhir anda main permainan ni? Bahkan, tahukah anda permainan permainan ni semua? Pada saya, baru ingat kembali hari Ahad yang lepas. Setelah sekian lama lupa betapa seronoknya. "Umur dah tua, lagi mahu main permainan orang muda remaja" Siapa cakap tu? Oh, kata hati kepada diri sendiri rupa-rupanya.
(Gambar adalah hakmilik Farah Syahidah Shamsuddin & Noor Izzati yang diambil dari Album Group, saya minta izin ya)
Tempat bermain? Silalah teka. Pasti anda tahu punya. Salah satu landmark bersejarah terkemuka negara. Sebenarnya saya pun sampai agak lambat. Terlepas main bola beracun. Nasib baik mereka ni semua sporting belaka. Tak ada kena ragging untuk orang baru macam saya. Tapi tak sempat nak kenal semua. Harap-harap bulan depan jumpa lagi. Insyaallah boleh piknik sekali. Kudos dan terima kasih kepada penganjur dan mereka terlibat.
Seingat-ingat lupa, last kali main macam ni, waktu awal sekolah menengah dulu. Taman permainan depan rumah sebelah sekolah rendah tu. Tiap-tiap petang asal tak hujan mesti jadi rutin semangat kayuh basikal pergi. Kalaulah ada kejohanan, kumpulan kami hanya layak diberi nama 'Champion' ataupun 'Numero Uno' takpun 'Kings of Selipar'. Tak payahlah tanya kenapa. They are all for obvious reasons lah kan. Haha, pasal main baling selipar pun nak poyo. Pertengahan sekolah menengah, mula tak main lagi sebab kawan-kawan dah mula control macho dan tak main permainan ni semua. Masa tu, mula bermaharajalelalah kumpulan kanak-kanak yang lebih junior dari kami.
Dengan adanya Gameboy lah, PS3 lah, Nintendo Wii lah, PSP lah, budak-budak zaman sekarang ni mana reti permainan sebegini. Bila lalu taman permainan yang serba indah tu pun, dah tak semeriah dulu. Kalau ada orang pun, boleh tahu jumlah berapa ramai semuanya tanpa guna kunci kira-kira. Tradisi setiap petang kami sudah ditelan arus kemodenan. Ok cukup cukup, sebelum mula rasa sebak, tengok gambar bawah untuk kembali riang gembira semula.

(jawapan kepada soalan berbentuk sejarah tadi jelas kelihatan dibelakang. kalau tak tahu jugak, tolong panggil kawan yang paling tough luku kepala anda laju-laju)
Imran Syafik
orang kata: was a stranger at first, but it didnt stop us from having lots of super fun.
No comments:
Post a Comment