27 December, 2009

RTW9: Music Fest turned Wet Ts Contest

Sebelum terlupa, harus awal-awal ucap berbanyak-banyak terima kasih kepada Aidil (Max), Izuan dan Auburn keseluruhannya untuk apa yang terpampang dibawah. Saya macam masih tak percaya. Memang gembira sepanjang perjalanan pergi. Lagi-lagi setelah dapat tahu ada parking istimewa. Tak perlu susah-susah juling biji mata cari parking. Tak perlu susah-susah penat kaki jalan jauh. Syukur, jangan riak. Pesan aku berlakon ustaz kepada Max yang dari tadi bermuka berlagak.


Tiba jam 2 lebih, waktu tu langit sudah pun agak mendung-mendung sikit. Terus ke tempat sewajarnya, konon-konon lapor diri. Tak ada buat apa-apa, kami disertai Ajam terus pergi ronda cari makanan. Lapar tak makan dari pagi. Tak sampai sejam kemudian, sedang kami berjalan-jalan riang, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya. Terus lari sepantas angin dengan tak cukup tanahnya untuk selamatkan diri. Bukannya takut air, tapi barang elektronik milik orang ni kalau rosak kan susah. Bila dah selamat semuanya baru terkenangkan Max dan Ajam yang entah kat mana. Jangan salah sangka saya yang tinggalkan mereka. Rupanya awal lagi mereka dah lari tak ajak member. Dari jauh nampak mereka di khemah yang jauh lagi luas dan nyaman dari saya. Max pandang sambil buat gelak evil ngeh ngeh ngeh. Cheist!

Ramai yang complain "siaran tergendala" (quote level 3) sebab hujan lebat. Lagi-lagi saya dapat tahu banyak peralatan yang rosak kena hujan menjadi punca sistem bunyi yang kurang memuaskan. Apakan daya, penganjur pun tak sangka dan tak minta. Tak cukup power sami diorang pakai ni, kata-kata saya yang tak dapat apa-apa respon dari semua orang yang tidak dikenali berteduh dalam khemah yang sama. Malu seketika. Hujan berhenti pun sekejap sahaja dan terus renyai-renyai sepanjang petang hingga ke malam. Ada orang kata, 'Ni mesti sebab band Hujan tak ada'. Whoa, tengok kau band Hujan punya kuasa. Nampaknya terpaksalah jemput band Hujan untuk majlis kahwin saya nanti.

Tiga pentas semuanya menyebabkan banyak sangat yang mahu ditengok. Antara yang berjaya ditonton, semangat ambil gambar semuanya. Cuba anda teka siapa mereka?




Gambar akhir-akhir kurang jelas sebab kamera sudah mula masuk air. Walau bagaimanapun, pasrah sambil mengalirkan air mata terus mengambil gambar dalam hujan dan tetapkan hati biarlah berkorban. Suatu hari nanti boleh tunjuk kepada anak & cucu. Itulah, lain kali ingat beli kamera kalis air, kalis api dan kalis pengguna tak reti jaga harta.

(on far left is in my opinion the coolest guy on RTW9, Ronny Hasbi: kerana memahami juru kamera pun suka bergambar juga)

bila lagi, salah seorang dari mereka yang minta kamera dari anda untuk camwhore bersama

( on stage is in my opinion the boldest guy at RTW9, Izuan Shah: kerana menjadi inspirasi kepada 'soundman kena sound' semata-mata untuk memberi yang terbaik kepada penonton) *gambar ramah mesra

Seingat sayalah dia kata, sorry kalau salah
"I dont push it for you, I dont even push it for myself, I only push it for them"
Sambil menunjuk kearah orang ramai. Hebat kan? Patutlah ramai peminat kau.

Dibawah adalah antara perkara menarik yang berlaku pada Rock The World kali ini. Al-kisah khemah merah. Siapa yang faham, fahamlah.



Kaki lenguh berdiri, berlari, melompat, dan lain-lain. Ditambah lagi kasut basah kuyup jadi punca kaki kecut berkedut. Esoknya ayahanda & bonda yang tidak pernah ajak, tiba-tiba ajak pergi urut kaki. Oh Syurga..

Imran Syafik
orang kata: harus mula cari akal untuk balas jasa mereka

No comments: