Untuk makluman, ini buat pertama kali menonton wayang 3D. Pergi tiga berkawan menjadikan kejakunan kami berlipat 3 kali ganda. Walaupun kami jakun habis, tapi kami tak bising ehh. Jangan nak mula buat rusuhan disini.
Menonton wayang 3D memanglah lebih mahal sikit dari biasa. Samalah macam masa kecik-kecik sekolah rendah tahap dua dulu. Masa kumpul kad Marvel Superheroes. Kad 3D atau dulu kami panggil kad hologram ni memang rare dan harganya lebih. Asal dapat kad 3D mesti ramai-ramai kumpul berganding bahu belek-belek kiri kanan atas bawah. Walaupun pemilik kad panas tapi terpaksa tahan kami belek lama-lama, tapi itulah caranya untuk memaksimakan efek 3D yang sedia ada. Bagi yang pertama kali tengok, mesti kagum dan terus balik rumah minta mak duit lebih. Rindu weyh pengalaman tu. Entah kenapa sekarang kad Marvel Superheroes dah takde lagi.
Berbalik kepada cerita, wayang Avatar ni sangatlah best. Bila saya kata sangatlah best, bermakna baik anda mula bersiap salin pakaian untuk keluar beli tiket sekarang. Pastikan beli yang 3D punya kerana itulah saranan penuh saya untuk wayang ini. Tak sama walaupun peti televisyen anda berteknologi HD flatscreen sebesar almari sekalipun. Salah satu sebab, banyak scenery dunia avatar yang memang mantap lah. Walaupun sekadar CG, serious gayat weh tengok scene panjat-panjat, terbang-terbang, lompat-lompat, terjun-terjun sana-sini sepanjang cerita.
Mungkin ada yang tertanya perlu ke tengok secara 3D? Pengalaman tengok seorang kawan ni, sebelum, bising-bising complain sebab terkejut harga mahal. Lepas habis keluar wayang, hah, kalau boleh nak terus beratur beli tiket tengok lagi hari lain. Siap mahu ajak jiran sebelah rumah. Tapi sebenarnya kalau tengok versi biasa pun dah cukup untuk cakap best sebab konsep dan jalan cerita pun memang menarik. Pada pandangan sayalah.
Setelah disyorkan secara agerasif oleh saya, seluruh keluarga pun terpaksa keluar untuk menonton cerita yang telah digembar-gembur berbuih mulut ini. Tengok-tengok perangai bonda pun turut sama seperti kawan. Lepas habis, mahu tengok lagi keesokkan harinya. Ish ish ish, comel betul bonda saya ni..
Ok secara keseluruhan, rating saya untuk Avatar 3D adalah 8 perpuluhan 5 per 10. Tahniah En. Cameron, ada dapat A tolak. Rating dari bonda, nanti saya minta. Tunggu ya.
Imran Syafik
orang kata: beli dvd cetak rompak, dapat cermin mata 3D sekali. mustahil tak mustahil?

No comments:
Post a Comment