Sebelum dimulakan, saya beri peringatan awal bahawa entri ini mungkin mengandungi banyak darah. Walaupun tidak se18SG mana, tapi silalah berjaga-jaga.
Ok, mula
Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.
Sudah menjadi kebiasaan kami sekeluarga membuat perjalanan untuk bertandang ke negeri kelahiran ayahanda saya, Kedah Darul Aman, sempena Hari Raya Korban. Walaupun kami tidak terus pulang ke kampung halaman ayahanda, kami merangka perjalanan ke rumah adik beliau yang terletak di SgPetani.
Perjalanan penuh liku onak cabaran memakan masa lebih kurang 10 jam. Hah amik kau 10 jam. Mesti korang tak percaya kan? Tapi memang betul pun, buat apa lah nak tipu . Kami bertolak jam 1900, tapi dengan jalan sesak ramai kereta berasak-asak seakan Kuala Lumpur dilanda bala, kami tiba jam 0530. Tolong jangan salahkan saya yang memandu kerana faktor-faktor lain turut menyumbang kepada ketidak-awalan kami. Hujan lah, kereta accident lah, kereta rosak lah, dan macam-macam lagi lah. Oleh itu, untuk kesenangan kami semua, saya selaku pak mandur rasmi keluarga mencadangkan agar kita pulang naik helikopter pula tahun depan.
Check-in di ParkAvenue dan terus tidur terbongkang langsung tidak mengenangkan Solat Raya keesokkan harinya. Memandangkan penat, ayahanda pesan buat korban lepas semayang Jumaat jelah. Yess! Boleh bangun lambat. Kurang-kurang tengahari baru sedarkan diri ni. Tapi apalah nasib terbangun awal sebab aircond sejuk, ditambah lagi hujan awal pagi. Hidung cheq ni memang tak tahan. Mukus mengalir deras dan terus tak boleh tidur lepas tu. Ayahanda & Bonda pula tidur awal dalam kereta jadi tiada masalah untuk bangun awal.
Bersarapan dan terus bersiap untuk berkumpul sanak saudara dan bergegas ke Lesung 7 untuk menjalankan ibadah korbon.
dari kiri ke kanan:
+ kena baca niat korban / aqiqah dulu
+ wakil bahagian yang lain
+ ayahanda saya segak dengan gaya samurai memegang pisau yang super tajam
+ dengan selamba memcuci tangan setelah menumbangkan lembu, macho bukan?
+ tempat memotong & menimbang yang saya panggil gerai
+ dibungkus secukup rasa
+ Tok Andak, bukan butcher biasa. lihat saja tenungan matanya penuh fokus.
+ untuk diedar. adalah dalam lebih kurang 80 bungkus semuanya.
Kami berehat seketika untuk bersiap dan solat Jumaat dan makan tengahari. Setelah selesai semua, saya dan saudara-saudara lain berlakon seakan YB edarkan sendiri ke kawasan kampung yang kelihatan memerlukan.
Saya sudahi entri dengan testimoni dari Bonda tentang tempat penyembelihan, "Dah 3 tahun berturut-turut buat disini. Senang, semua ada. Tak sampai sejam dah settle semua." Kalau anda berminat tahun depan, contact saja Bonda saya.
Imran Syafik
orang kata: menu istimewa minggu ini. semestinya apa sahaja berkaitan daging
No comments:
Post a Comment