28 January, 2010

Not So Amazing Race: Jelajah Pantai Timur

+ 3 negeri
+ 6 hari
+ 17 check point
+ perjalanan lebih 1000km
+ 3kg, tambahan berat badan sebab banyak makan



Perasan konon letih berjetlag menjadi punca gambar disusun secara rawak & cincai boncai. Mood untuk menulis caption pun tertinggal disana, cadangan sentiasa terbuka.

"The cure for anything is saltwater - sweat, tears, or the sea." ~Isak Dinesen

Imran Syafik
jauh perjalanan, luas kepenatan

24 January, 2010

Liga Primier Fantasi: Minggu 22

Terima kasih kepada Encik Wan Runi (nama melayu beliau) kerana menjaringkan 5 biji gol kesemuanya pada minggu ke-22 sekaligus menjadikan markah individunya sebanyak 64. Fuiyo! Banyak tu. Tak sia-sia lantik jadi kapitan. Total keseluruhan minggu ni 124. Fuhhh, lega terselamat dari bottom table setelah register 3 minggu lambat.
(kelab bola hari-hari mau, lemak ah)

Sedih bila kesebelasan utama tiada ahli dari pasukan kegemaran sendiri. Malah selaku pemain simpanan pun tak ada. Lalang sungguh. Takpe takpe, bila tonggak harapan ayam tambatan Kelab Bola Bangau kembali sihat sejahtera, saya ambil semula.



( pakai but bola yang dipromosi pemain kelab bola bangau, baru boleh jaring 4 gol)

Selaku penyokong Kelab Bola Bangau, ramai yang secara otomatik terus tidak senang duduk dengan pasukan seteru ketat Kelab Bola Syaiton Nirrajim Merah. Disini berhajat saya nyatakan tidak benci pasukan mereka ni, malah pernah menyokong waktu kecil dulu. Cuma cukup menyampah menyumpah seranah kepada peminat mereka yang ramai arrogant, biased dan mulut macam taik. Saya kata 'ramai', bukan semua. Jangan marah aaa, kalau marah anda mungkin kategori ramai.

Imran Syafik
YNWA - You'll Never Walk Alone / You'll Never Win Anything.

21 January, 2010

Iklan: Hidup manis dengan DOOF

Orang sakan berdoof, dia pun nak jugak. Bagai-bagai perangai budak ni..

(sebenarnya niat mahu tayang gambar baru belajar edit)

High possibility of getting a couple of these, first thing when i have a place to call my own.

Baring sambil menonton wayang gambar teknologi HD lengkap dengan sistem bunyi terkini, ditemani jus minuman segar, kerepek kentang dan popcorn, dibawah tiupan syahdu penghawa dingin panasonik. Tadah tangan dan aminkan cepat. Doa tu, bukan berangan.

Ayat-ayat dibawah dipetik dari sini http://www.doofindustries.com.

AT DOOF, LIFE IS SWEET.

The sun is always a little brighter, the economy is great, nothing needs stimulating, politicians are friends and gas prices, well, we don't use gas here, we only let it out. There are no real words to describe the feeling of Doof. You just have to experience it yourself. When you sit on it, it's like time stands still, everything is peaceful, you feel warm and fuzzy, problems are solved and you almost feel one with divinity.

Trust us we've seen grown men cry on a Doof.


Imran Syafik
Doof, doof, kebabum..

12 January, 2010

Kompang Satu: Doktor kuasa dua

Walaupun sudah masuk bulan baru tahun baru, jemputan majlis walima masih belum reda. Secara langsung ianya menjadi punca utama kepada perut saya yang turut masih belum mahu reda. Syabas Imran, salahkan mereka semua.

Memandangkan majlis kali ini melibatkan seorang kawan yang dahulu kala memang kami susah senang bersama, saya secara suka dan rela menugaskan diri berkhidmat selaku posmen kad jemputan. Walaupun kerja kacang, tetap mahu heboh ke seantero nusantara akan sumbangan saya. Perkahwinan yang dimaksudkan adalah diantara Faruqi Uzair dan Syazwani Rahim.

(siapa kata tulisan doktor tiada seni)

Akad nikah (Dr.)(Faruqi Uzair + Syawani Rahim) pada 1 Januari 2010. Selain cuti umum setiap kali anniversary, tarikh tidak mungkin lupa ini (just in case) disambut pertunjukan bunga api di merata-rata. Bagus idea kahwin tarikh ni.


Resepsi Syazwani Rahim 8 Januari 2010 di Dewan Felda Perdana. Gila grand weh. Grandfather, grandmother diorang semua ada.




Resepsi Faruqi Uzair 9 Januari 2010 di KGPA. Tema taman teman memang suka. Tema Arab ditaman pun teman suka.




(Ayahanda & Bonda saya turut gembira)

Selain itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kawan-kawan yang lain yang kini telah atau bakal memulakan hidup bersama pasangan rasmi. Semoga bahagia sentiasa. Jangan nakal-nakal lagi ya.

+ Norul Shamsira & Hairol
+ Maisyarah Isa & MF
+ Saiful Adib & Sabeha
+ Abdul Jalal & Reha
+ Zakiah Mashud & pasangan

Imran Syafik
tiada tekanan beri laluan