09 February, 2010

Gusti Kocek: En.910i vs Mr.Keys

Apabila

En.910i
vs
Mr.Keys

bertempat di
keputusannya

(pesanan ringkas: entah dari siapa? tarikh dan masa bila? perkara apa? bagaimana mahu confirm sekarang?)

Oleh kerana Mr.Keys membawa sebondol kawan-kawan lain disamping keychain yang bertubuh besi besar gedabak sebagai bonzer, kecederaan parah dibahagian muka En.910i tidak dapat dirawat lagi. Punca pergaduhan dikatakan melibatkan perebutan kawasan dalam daerah kocek tuan mereka. Walau bagaimanapun, tiada laporan kepada pihak berkuasa dibuat.

Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika tidak memberi maklum balas melalui sms sebelum ini. Walaupun ada masanya saya memang malas membalas sms, ini bukanlah suatu alasan semata-mata. Sekarang harus pertimbangkan iPhone, Blackberry ataupun baiki sahaja. Pandangan dihargai.

Pengajaran cerita
Skop besar: pergaduhan bukanlah penyelesaian yang terbaik. seringkali ianya membawa padah dan menjurus kepada kesusahan.
Skop kecil: jangan simpan handphone dan kunci anda bersama dalam poket seluar yang sama.

Imran Syafik
harap tiada rematch. peace no war.

6 comments:

erinchunk said...

woww ada chance beli hp baru ;) and hello..selama ni memang letak kunci ngan hp ke??

memang aaa kunci akan menang :P

Imran Syafik said...

Selalu letak phone on left pocket, and the keys on right. Tapi haritu kalut nak cepat sgt.

Dah pakai BB sekarang. Tapi still considering nak pakai BIS mana. Jom BB erin. Hehehe..

erinchunk said...

wahhhh dah BB ke..ok i will meyusul kemudian.kena tunggu itu hp gusti sama kunci dulu lah :P

p/s:i still love cute lil expressmusic :)

iqanabeera said...

oh i used this phone dulu. couldnt text for one whole fucking year cus of some shit with the inbox. like babi kan. asyik hantar pg repair but the same problem crops up everytime. last2 give up and beli phone baru -.-

nana said...

blackberry!

Imran Syafik said...

Erin
So that u know, my keys would be more than happy to represent. Memang kaki gaduh dia tu. Hehe..

Iqa
Mine dua kali hantar kedai. Till they have start calling me 'Imran, the one who never replies', its time to get a new one.

Nana
Yeehaa..