13 March, 2010

Broga Hills Have Eyes

Tanpa tidur malam dan berbekalkan penat dan lelah dari futsal, terus terhegeh-hegeh pulang ke rumah untuk bersiap dan kemas segala barang yang patut. Dengan tak pastinya jalan ke meet up point, main redah memandu seorang diri jam 4pagi semata-mata berkumpul depan pintu Uniten. 'Gila semangat ko weh' bak kata uncle amy. Saya cuma mampu gelak tiada kawan lain mahu turut ikut.

Setelah cukup segala korum, terus bergegas konvoi menghala arah Semenyih dan tiba di kaki bukit ladang kelapa sawit lebih kurang jam 515. Keadaan pula gelap gelita tahap maksimum, pejam mata buka mata sama jer. Masa ni barulah menggagau carik torchlight dalam beg. Menurut signboard, perjalanan hanya 1.7km untuk sampai ke puncak. Kalau berjalan tanah rata jaraknya memanglah semudah mengupas kulit kacang. Tapi jika mendaki bukit mencanak, setinggi durjana dengan jarak yang sama, kau cuba dulu baru tahu. Berjalan kaki penuh bahaya dengan gaung dalam kiri dan kanan berharap selamat sampai ke puncak sebelum sunrise.



+ setelah penat lelah lemah lutut, rupa-rupanya baru sampai puncak pertama.

Untuk makluman, Bukit Broga ada 4 puncak. Mengambil masa agak-agak 45minit ke 1jam bergantung kepada tahap kehebatan anda.


+ from the group we're with, just the 6 of us survived for a breakfast at the highest peak of broga

Memandangkan tiada gambar saya, anda pasti mula tak percaya saya berjaya sampai ke puncak. Untuk tidak menghampakan anda semua, nah bukti. Setelah guna banyak kederat memanjat, siapa berani kata superimpose memang nak kena terajang.


+ pucak bukit broga yang hangat digembar-gemburkan. 400m dari paras laut.



+ banyak gambar milik Fda Isha. permisi ya?




+ going down: the actual way to do it baby. haha agak poyo & vain upload gambar ni


+ the signage. dulu-dulu mana ada kata mereka

+ rest of the group of awesome people. gambar favourite diambil dari uncle amy.

Selain luka-luka kecil, lengan turut lebam disengat anak lebah. Tak macholah balik tak bawa 'souvenir' kenang-kenangan. Sampai rumah jam 1100pagi, mandi, tidur dan terus tak sempat jumpa matahari untuk hari itu lagi. Tidak puas mengambil gambar, maka pasti akan pergi lagi lain kali.

Imran Syafik
baring disini lihat banyak bintang lebih terang

No comments: