Kalau ikutkan, inilah 1st time sambut Ramadhan dikala bekerja. Tahun lepas, waktu-waktu cenggini masih menganggur menanti mendapat kerja. So, waktu tu dapatlah tolong kawan untuk buat projek ini. Suprisingly, baru-baru ni kawan (sebut shareholder atau partner untuk impak lebih serius & formal untuk perniagaan anda) dapat call entah dari siapa bertanya "tak meniaga gerai ke tahun ni?" Hahaha, tak tersangka berjaya membuat impression yang bagus. Business prospect bagus ni. Malangnya tahun ni, tukang masak cuti sementara kedai tengah renovate. Baguslah renovate, memang dah long overdue pun komen Bonda. Lagipun since dah start kerja ni busy tak cukup masa dan pelbagai lah. Jangan tamak, pesanan untuk menyedapkan hati sendiri.
Sebut tentang dah start kerja, maka jatuhlah hukum wajib keatas saya membayar zakat atas diri saya sendiri. Memang belum ada pengalaman, but i'm looking forward to it. Menyuburkan harta bak orang kata. Mestilah kita suka benda-benda yang subur bukan? Hahaha, ok jangan fikir bukan-bukan. Selain tu, memandangkan sudah bekerja. Terasa ada semacam keresahan bila sebut tentang duit raya. Mana tak resahnya, sebelum ni kau happy jer menerima kan? Sekarang baru kau tahu Imran. Lebih damn bila bukan sahaja anda harus memberi, malah anda mungkin tidak akan menerima langsung. Sadis sadis. Takpe takpe, teruskan cuba untuk ikhlaskan hati. Bukan wajib bagi pun. Hahaha ayat mengelak seorang kedekot taik hidong masen. Eh, baru perasan separuh perenggan dah terbawa-bawa cerita pasal raya pulak.
Tak semacam tahun lepas, tahun ni lebih kerap berbuka puasa dengan keluarga di rumah. Tahun lepas kami selalu habis meniaga awal, terus kemas dan selalunya berbuka dalam perjalanan balik. Berbuka puasa sambil memandu lori dari Shah Alam ke TTDI mengharungi NKVE tanpa lesen kelas E yang sah. Tiap-tiap hari bersabung nyawa berharap tak kena tahan penguatkuasa? Amacam? Style tak?
Bila Ramadhan tiba, antara highlights setiap tahun tentulah Pasar Ramadhan. Seakan-akan fenomena baru orang akan bercerita tentang pasar itu dan pasar ini. Tapi entah kenapa tahun ni takde terasa hype sangat nak ambil tahu. Setakat ni pasar Ramadhan tempat sendiri pun tak jejak kaki lagi. Tak macam 2 tahun lepas, tiap-tiap hari i pergi u. Bagi yang berminat untuk review Pasar-Pasar Ramadhan sekitar Lembah Klang. Check this outtttha.
imran syafik
karipap adalah kegemaran ketika berbuka
No comments:
Post a Comment