20 September, 2010

Penduduk Jahat: Akhirat

Resident Evil: Afterlife
atau
Penduduk Jahat: Akhirat
(menurut Google Translate)

Afterlife, sambungan Resident Evil yang ke-4, antara wayang gambar yang dinanti-nanti tahun ini. Semenjak terpandang movie billboard merentasi seluas-luas alam bersebelahan Phileo Damanasara, terus merangka pelan (bahasa inggeris: plan) untuk membuat rombongan menonton beramai-ramai. Sadisnya, tidaklah hingga baru-baru ni baru tercapai hajat selepas sibuk berhari raya merata-rata. Yang pelan beramai-ramai akhirnya cuma tinggal berdua. Ya anak-anak, begitulah kehidupan bila sudah mula bekerja nanti.

Sebelum bermula, diingatkan entri ini mungkin mengandungi beberapa spoiler. Tapi jangan risau, ianya mungkin spoiler yang anda harap anda tahu sebelum tengok. Hhmm, masih panggil spoiler ke kalau macam tu?

Seawal-awal cerita, kagum gila tahap meleleh ayaq lioq mencurah sampai ke lantai ni bila Alice bertambah kuat, sihat, hebat dan dasyat. Dengan selamba sebatang kara, menggegar Umbrella Corporation cawangan Jepun seorang diri. Tapi betapa tragisnya kekaguman yang disangkakan hangat berpanjangan, berakhir hanya setakat itu sahaja. Adegan-adegan terkemudian sedikit sebanyak tidak kena dengan selera dan tahap kecenderungan saya.

Oleh kerana terdapat beberapa adegan yang macam “Huh?! wtf?!”, Resident Evil kali ini terasa kurang menyerlah. First, terasa potong bila semua dalam panggung terfikir “Aih, berapa banyak Alice dahh?” Disitu sahaja saham Alice sudah jatuh menjunam 18.32% dari pandangan mata kepala saya. Kejatuhan harga saham tidak hanya berhenti disitu. Bertambah potong bila Alice yang sebelum ini cool super hebat berkuasa, hilang kesemua kebolehan luar biasanya dan mula menjadi orang biasa. Hakikat yang tak dapat diterima sepanjang cerita.

Wentworth Miller yang terkurung dalam penjara membangkit suatu dejavu yang agak kurang disenangi. Ali Larter yang dijadikan sandaran untuk menjadikan filem ini lebih berbaloi, kurang diberikan penekanan. Eh, asal kritik lebih-lebih ni? Oh, lagi satu yang pelik, boss jahat tu siapa nama? Warren? Wesker? Kononnya cargas pantas siap boleh elak peluru lagi, tapi bila dibagi penerajang tahap kelajuan biasa-biasa boleh kena pulak. Heran heran. Nasib baik ko yang berlakon Millah, kalau tak bazir duit kawan belanja. Ok cukuplah complain. Mula-mula kata spoiler sikit jer. Ni dah terlebih macam sinopsis lah pulak. Nak tahu lebih lanjut jemputlah tengok sendiri seluruh cerita ok? Anyway, lain orang lain pendapat kan? Kalau nak tengok cerita yang betul-betul ikut selera kau Imran, hah pergi buat cerita sendiri.

Ok, secara peribadi saya beri 6.5 per 10 untuk wayang ini. Pengajaran cerita; Usah diambil kapal terbang orang lain yang punya dan jangan cuba mengintai perempuan mandi. Buruk padahnya.

imran syafik
resident evil game dah siri ke berapa?

No comments: