AFF Suzuki Cup 2010
Semi-Final 1st Leg
Malaysia vs Vietnam
Date: 15th December 2010
Venue: Stadium Bukit Jalil
Kick-off time: 0800h
Malaysia vs Vietnam
Date: 15th December 2010
Venue: Stadium Bukit Jalil
Kick-off time: 0800h
Pengajaran sampai lewat kerana kesesakan lalu lintas selepas pergi ke Bukit Jalil tempoh hari langsung dibuat lupa sama sekali. Oleh kerana itu, kami sampai ke stadium lambat. Oh ya, perkataan 'kami' mewakili saya, sahabat #1, sahabat #2, dan kekasih sahabat #2. Imran, Zaini Ismail, Arif Khalid dan Siti. Haha, kau sengaja nak buat confuse kan tulis macam tu Imran.
Tambahan lagi, kepadatan pendokong pasukan negara yang ramainya mengalahkan semut membuatkan kami hanya dapat port yang kurang menepati citarasa. Tak tersangka sejak harga tiket naik ni, sambutan agak boleh tahan jugak ya. Barangkali kancah bolasepak negara sedang bangkit semula dan penonton mula menaruh kepercayaan. Ayat terakhir tadi paling afdhol disebut dengan gaya Hasbullah Awang.

(Where's Waldo?)
Separuh masa pertama, agak bosan bagi saya. Takde serangan yang betul mencabar dan kedua-dua pasukan kelihatan malu segan tidak bertempat untuk menjaringkan gol. Dalam bosan tu sempat jugaklah pergi beli makanan yang memang secara langsung kurang kesedapannya. Walaupun sekadar alas perut tapi harga makanan agak mahal mengalahkan sajian yang dimasak menggunakan sudip dan kuali emas. Pengajaran: jangan beli makanan di stadium. Confirm tak sedap! Eh silap, confirm kurang keenakkannya..
Separuh masa kedua lebih seronok. Kami pindah tempat dan untuk view lebih best. Tapi yang paling best mestilah bila pasukan Malaysia score. Mulanya tak tahu siapa yang score hinggalah balik dan tonton replay di kedai mamak. Safee Sali rupanya. Bagus bagus. Teruskan usaha untuk leg yang kedua 18hb Disember ni.

(left: Stadium Ticket RM20, Malaysian Jersey RM50, Watching Malaysian Team Won, Priceless. Haha)
(right: Penyokong Malaysia & mercun memang sinonim. Tak sah kalau tak ada)
(sekadar makluman: Siti adalah warga Singpura sebenarnya)
(left: kain rentang paling smart & stylo dalam stadium)
(right: keputusan perlawanan. bekalan ke vietnam)

Imran Syafik
inilah barisan kita
inilah barisan kita