16 November, 2009

Segamat: Al-kisah seorang sidekick


Baru-baru ini telah meneman kawan untuk ke Segamat. Oleh kerana dia tidak tahu jalan, saya lebih dari gembira untuk turut serta apabila diminta. "I on jer" balasan sms kepada kawan tersebut, penuh teruja.

Kawan akan direfer sebagai AH (identiti tak berapa misteri). Tujuan AH kesana biar rahsia. Mungkin itu kehendak mereka. Lagipun kisah itu mereka yang empunya dan menjadi hak milik mereka sepenuhnya. Asalkan anda bahagia AHZ.

Perjalanan pergi balik hari yang cukup mendebarkan disebabkan oleh gaya & cara pemanduan AH yang cukup _______ (belum jumpa perkataan sesuai). Keadaan hujan tidak mengubah apa-apa. Rasa rollercoaster berkuasa turbo perasaan bersambung nyawa, berkecut perut, bergetar lutut, dan seringkali berkejang kaki seakan mahu menekan pedal brek walaupun duduk di sebelah penumpang. Nasib baik saya sudah kencing sebelum bertolak. Bukan saya tidak percaya kepada kecekapan pemanduan AH. Salahkan saya yang mungkin sudah terlalu tua atau masih belum cukup berhati kering untuk semua itu. Dinasihatkan agar ibu mengandung, pesakit jantung & yang lemah semangat untuk beringat sebelum kena.

Segamat.

Bagi yang belum tahu, 3 tahun saya hidup sebagai seorang pelajar di UiTMCJ. Walaupun balik ke rumah setiap hujung minggu tanpa gagal, ianya diantara tahun-tahun hidup yang patut saya contohi sentiasa. Di sini dan ketika inilah, merasa hidup gilang-gemilang dan dianggap peak sebagai seorang pelajar. Pelbagai kenangan dan cerita disini, tapi tak perlulah diceritakan semua. Tak cukup mukasurat pula nanti. Semasa disana tempoh hari, adalah berbual dengan seorang minah. Antara dialog yang menimbul deja vu (lebih kurang jer dialog ni)

Imran: Macam mana belajar kat Segamat ni?
Minah: Ermm, oklah. Memang tempat sesuai untuk belajar.
Imran: Selalu balik?
Minah: Tiap-tiap minggu. Kalau tak pun 2 minggu sekali.
Imran: Time free selalu buat apa?
Minah: Lepak kat bilik jer.

Jawapan tu memang sebijik bila ditanya dulu. Cuma mungkin jawapan saya lebih panjang sikit. Lebih panjang kerana sering ditambah cerita-cerita serta fakta-fakta membosankan. Sebut tentang fakta. Berikut beberapa fakta membosankan tentang Segamat dari saya. Harap faham bahawa yang membosankan itu saya, bukan Segamat.

+ buat masa ini, dewan UiTMCJ merupakan dewan terbesar UiTM seluruh Malaysia.
Diberitahu oleh seorang tokoh ketika memberi ceramah dulu. Tapi rasanya Kampuk Induk tidak mahu kalah kerana sedang membina dewan baru yang lagi besar.
+ cawangan MarryBrown pertama dibina di Bandar Segamat.
Dikatakan sudah tidak sedap seperti dahulu. Pengalaman pertama kali merasa makan atas buaian dalam restoran.
+ perjalanan melalui exit Tangkak, mengikut jalan ke air terjun Sagil
Sepanjang belajar 3 tahun, pernah pergi 1 kali sahaja. Itu pun senyap-senyap sebab telah dilarang seseorang. Dah habis belajar ada pergi lagi sekali.
+ antara perkara-perkara sinonim tentang Segamat.
Lalat, durian, hutan, lalat Normala Samsudin, banjir, lalat dan lain-lain lagi. Lalat sengaja ditaip banyak kali bagi memberi anggaran jumlah sebenar
+ kolej Taming Sari dahulunya terletak di sektor baru.
Tak percaya tengok dekat bukit sebelah benteng tu. Kamilah yang gotong -royong buat tu. Hodoh kan? Entah kenapalah kami ditukar ke bangunan lama.

Walaupun perjalanan pulang tidak kurang seramnya, tapi terasa seperti melayang jer sepanjang dalam kereta. Entah kenapa. Setelah hampir tiba, perasaan berasa lebih teruja kerana dapat berjumpa NR dan kesemua ahli MJ (bukan penyanyi). Ok, cukuplah tu. Jangan lebey-lebey. Sekian, bertemu dilain kali.

Imran Syafik
orang kata: perlu mencari obsesi baru

2 comments:

erinchunk said...

well hello there.. :)

ninie said...

wow..suka entry ni! =)

hye, i pun blajar kt segamat =)