Baru-baru ni kerap pula menonton wayang. Dua kali seminggu boleh dianggap kerap tak?
Dua ribu dua belas
atau
dua kosong satu dua
atau
2012
Pada mulanya tidak berniat langsung untuk pergi sebab ramai kata tak seberapa best. Sehinggalah satu hari diajak Bonda pergi bersama seluruh keluarga. Mula tertarik kerana pergi bersama keluarga bermakna percuma tetapi ianya bertambah menarik bila mula mendapat tahu pengarah ni juga yang mengarah filem Independence Day. Favourite tu dulu masa kecik-kecik. Kumpul duit belanja sekolah nak tengok 3 kali kat wayang kalau tak salah. Cerita ni memang agak menakutkan. Lebih kurang gambaran seperti hari kiamat. Cuma pada masa ni, ada juga orang yang selamat. Agak ramai pulak tu. Tapi dalam takut-takut tu ada jugak terselit sebungkus-dua unsur-unsur humor.
Ada beberapa persamaan dalam cerita arahan pengarah ini.
Perasan tak pengarah ni selalu buat adegan pilot kapal terbang yang gempak-gempak? Asal nak jadi pria terhebat jer mesti pandai pandu kapal terbang. Scene macam nilah yang membuat kanak-kanak riang mula berangan memasang cita-cita menjadi pilot. Termasuk saya yang sedang menulis, eh menaip ni.
Lagi satu pengarah cerita ni suka membuat scene rumah putih hancur-lebur berkecai punah-ranah. Gilelu tak sikit punya agak, kapal US Navy J.F.K hempap rumah putih tu. (tak perlu susah-susah bayangkan, tengok sini). Sekali lagi seperti dalam cerita Independence Day (ibukapal alien membuat kamehameha kearah rumah putih, rujuk sini). Scene yang sentiasa membuat pembenci-pembenci Amerika tepuk tangan bergembira.
Sepanjang filem saya suka tengok budak kecik perempuan anak pelakon utama tu. Dia memang comel. Bila besar mesti hot disamping jadi pelakon handalan. Siapa eh nama dia? Tak salah pertama kali nampak dia dalam intro cerita 'he's just not into you'. Antara quote yang saya suka dalam cerita ni lebih kurang berbunyi 'Leave it to the Chinese to build almost anyting.' Benar! Walaupun sebenarnya mungkin itu jer quote yang diingat selain 'Repent, the end is near.'
Harap tidak ada yang trauma atau fobia lepas menonton wayang ni. Mula berazam untuk tidak akan jejak kaki ke panggung wayang lagi atau mula membina kapal selam sendiri. Diharap juga ramai yang akan mula berkawan baik dengan masjid, sejadah, Al-Quran, tasbih dan perkara-perkara sewaktu dengannya. Ada juga yang mungkin mempersoal, apa yang anda akan buat kalau betul-betul terjadi? Lari? Insaf & bertaubat? Harap tidak terlambat. Oleh itu, untuk selamat mulalah menabung hingga cukup 1bilion euro ok?
Secara keseluruhan rating saya untuk wayang ni berjumlah 7 per 10.
Pisau cukur
atau
Golddigger
Saya dan 2 orang lagi rakan telah pergi menonton, demi menyokong industri filem tempatan secara amnya, dan demi Maya Karin dan Fazura secara khasnya. Am dan khas, haha macam kelas bahasa pula.
Barisan pelakon yang sudah cukup menarik, ditambah lagi dengan cameo oleh mereka yang tidak kurang hebatnya. Walaupun cerita ini saya anggap seperti sebuah chickflick melayu, terdapat juga unsur-unsur misteri seakan filem detektif penyiasatan. Bila sebut tentang chickflick, ianya pasti tidak lari dari penggunaan ayat-ayat menggedik sakan lebih kurang seperti Legally Blond gitu. 'Panas!! Memang panas hati saya mendengarnya. Tapi setelah fikir semula, ini mungkin bukti lakonan mereka memang berkesan dan boleh memberi impak untuk penonton biasa macam saya ni.
Jalan cerita yang agak meleret, kawan sebelah dah mula berdengus sikit-sikit. Bagi saya ok tapi happy ending yang cukup kami dah agak. Kecuali bab misteri tu. Kalau tak dah tentu tak dinamakan misteri, kawan. Lagi satu, kalau anda suka ini, anda mungkin suka filem ini.
Secara keseluruhan, rating diberikan 6 per 10.
Imran Syafik
orang kata: ambil risiko bila tengok wayang melayu
3 comments:
i rasa 2012 best ;)
not bad. actually enjoyed it, with horror. hehehe..
whats ur rating?
rating i,kasi 7 boleh? :D
Post a Comment