Antara salah satu highlight dalam hidup beberapa minggu yang lepas adalah berkenaan PAC. Mungkin ramai yang tahu, tapi saya pasti ada juga yang tidak tahu apa itu PAC. Performance Assesment Center, itulah nama penuhnya, dijalankan hanya apabila anda telah berjaya peringkat pertama ujian bertulis. Secara keseluruhan terdapat 3 peringkat sebelum anda dianggap layak untuk memikul tanggungjawab bekerja dengan Kerajaan Malaysia. Ok, cukuplah pengenalan awal tentang PAC. Harap maaf jika bosan, saya pun hampir tertidur tadi.
Sebelum tibanya hari, pelbagai desas-desus yang mengatakan PAC ni memang tough. Memang tough sampai ada yang kata, lebih tough dari latihan komando. Ada jugak yang kata, lepas habes PAC ni anda mampu jadi lebih hebat dari Rambo. (Ok, yang tu saya reka) Kalau tak cukup persiapan fizikal & mental, rohani dan jasmani, habeslah. Lagi-lagi kalau diri tu belum cukup ilmu di dada dan berbadan tidak fit seperti saya. Oleh kerana tidak mahu gagal, saya pun mulalah mengambil langkah-langkah keselamatan. Berbondol-bondol buku dibaca, berlap-lap taman jogging dikelilingi, berjam-jam berlatih speaking depan cermin. Hebatkan? (realiti: berbondol-bondol buku dipinjam tapi tak baca pun, berjalan sekangkang kera di taman jogging pun dah longlai, berlatih speaking hanya dengan menonton tv)
Pada hari berlangsungnya, saya bangun awal. Terima kasih kepada bonda kerana bersusah payah menyediakan sarapan awal pagi. Walaupun dekat, sengaja mahu pergi awal sekadar untuk mengambil 'feel'. Bagi saya, 'feel' sangatlah penting untuk mengelakkan anda panik. Setelah tiba, rupa-rupanya ramai yang telah ambil 'feel' lebih awal dari saya. Ramai juga yang sedar akan kepentingan mengambil 'feel' ini rupa-rupanya.
Program bermula seawal 0800 dengan sesi pendaftaran dan diteruskan dengan taklimat. Ada juga yang bertanya "Huh? Takde breakfast ke?" Wahaha.. Itulah korang, awal sangat ambil 'feel' sampai langsung tak breakfast. Ok, cukup pasal ambil 'feel'. Selesai taklimat, tengok jadual dan terus ke aktiviti pertama, Diskusi Bahasa Inggeris. Dalam aktiviti ini, anda bersama 11 orang lain akan diberi satu senario. Setiap seorang diberi 1 barang dan berbincang akan kepentingan barang anda. Konklusinya, kumpulan anda hanya boleh memilih 6 daripada 12 barang-barang tersebut.
Diskusi kami memang hangatlah, tak sempat-sempat nak habis cakap orang celah. Nak bagi idea sikit, orang sebelah menyampuk. Kiranya nak bercakap pun kena berebut lah. Terfikir jugak, ni baru bagi senario, belum betul-batul lagi. Tapi takpe, biasalah semuanya hero-hero belaka dan mereka pasti nak tunjuk kehebatan berbahasa. Saya ada cuba pertahankan barang saya. Tapi nak buat lagu mana, depa memang ketegag. Akhirnya, setin biskut ini jugaklah merupakan salah satu jawapan pilihan pakar.
Aktiviti kedua adalah sesi Debat Bahasa Malaysia. Tajuk kami 'Bercinta sebelum kahwin menjamin kebahagiaan berbanding selepas kahwin?'. Siapa nak sambung debat silalah, memang panjang ceritanya. Pengalaman berdebat tidaklah banyak sebenarnya, tambahan pengalaman bercinta yang lagi entah kemana. Sebelum sesi debat, semua baik salam-salam, tegur-tegur, senyum-senyum, pijak semut pun, semut kata takdehal lah. Time berdebat, hah, ambik kau. Kungfu, Silambam, Street Fighter, Mortal Kombat semua ada. Mungkin kerana kebanyakkan kami tidak tahu karakter bagaimana yang dicari, dilihat kami memang main hentam sahaja.
Makanan tengahari yang tidak kurang sedapnya. Sayangnya tahu lepas ni sesi petang nanti banyak fizikal, tak dapatlah melantak semahu-mahunya.
Sesi ketiga ujian Sahsiah & Minat. Lebih kurang 400 soalan objektif dalam masa 1 jam. Bayangkan. Ujian ni dikatakan sekadar menilai personaliti dan tahap kecenderungan kita. Jawab jer sebab takde jawapan betul atau salah. Soalannya pun memang totally random yang entah dikorek dari celah mana. Orang kata yang penting jadilah diri anda sendiri dan jawablah secara sejujur-jujurnya. Lagipun dengan masa yang singkat, takde masa nak temberang sini sana. Punyalah cuba menjadi sejujur mungkin sampai sanggup mengaku sering ketawa kepada lawak yang berunsur lucah. Random kan? Kalau berlakon baik, mesti dah angkat tangan buat muka sesuci murni tanya penjaga ujian, lucah tu apa benda. Biarlah apa pun penilaian mereka, asalkan aku jujur (sedapkan hati sendiri).
Sesi petang banyak aktiviti melibatkan fizikal. Penyelesaian Masalah & Senamrobik. Kedua-dua diadakan dalam kumpulan. Penyelesaian Masalah beri kelebihan kepada mereka yang berIQ tinggi, manakala Senamrobik beri kelebihan kepada mereka yang sering berkunjung ke kelab malam atau lebih dikenali sebagai disko. Dipenghujungnya aktiviti yang paling digeruni, acara larian bebas beramai-ramai. Dengan bukit yang mencanak tinggi, kami diminta berlari merentas bukit-bukau, lurah-dalam, paya-bakau, gunung-ganang, sawah-bendang (ok memang over exaggerate disini) semata-mata untuk menguji tahap kecergasan. Nasib baik sebelum ni ada berlatih sikit-sikit sempat juga menghabiskan larian dengan cemerlang. Tidak pengsan atau jatuh sawan.
Secara keseluruhan, itulah dia serba sedikit pengalaman menghadiri PAC. Mungkin tidak diterang penuh detail sebab sebaiknya biarlah ianya menjadi suspens kepada peserta PAC yang akan datang. Bagi saya, ianya memang pengalaman yang fun & enjoy. Mencabar bercampur seronok, mencaronok wth?!. Bagi yang telah selesai, saya doakan kita berjaya. Bagi yang akan datang, jangan gabra & panik. Kalau ada yang psycho kata susah dan cuba menjatuhkan anda, hadiahkan penerajang anda ke ketiak mereka. Pasti mujarab.
Imran Syafik
orang kata: beri tips lebih afdal oleh mereka yang telah berjaya.

1 comment:
nice post!
like d'word "beri tips lebih afdal oleh mereka yang telah berjaya."
setengah org yg dh berjaya xingat nk share sbb terlalu happy dah berjaya..hehehe...
thanx 4 sharing nway! =)
Post a Comment