12 January, 2010

Kompang Satu: Doktor kuasa dua

Walaupun sudah masuk bulan baru tahun baru, jemputan majlis walima masih belum reda. Secara langsung ianya menjadi punca utama kepada perut saya yang turut masih belum mahu reda. Syabas Imran, salahkan mereka semua.

Memandangkan majlis kali ini melibatkan seorang kawan yang dahulu kala memang kami susah senang bersama, saya secara suka dan rela menugaskan diri berkhidmat selaku posmen kad jemputan. Walaupun kerja kacang, tetap mahu heboh ke seantero nusantara akan sumbangan saya. Perkahwinan yang dimaksudkan adalah diantara Faruqi Uzair dan Syazwani Rahim.

(siapa kata tulisan doktor tiada seni)

Akad nikah (Dr.)(Faruqi Uzair + Syawani Rahim) pada 1 Januari 2010. Selain cuti umum setiap kali anniversary, tarikh tidak mungkin lupa ini (just in case) disambut pertunjukan bunga api di merata-rata. Bagus idea kahwin tarikh ni.


Resepsi Syazwani Rahim 8 Januari 2010 di Dewan Felda Perdana. Gila grand weh. Grandfather, grandmother diorang semua ada.




Resepsi Faruqi Uzair 9 Januari 2010 di KGPA. Tema taman teman memang suka. Tema Arab ditaman pun teman suka.




(Ayahanda & Bonda saya turut gembira)

Selain itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kawan-kawan yang lain yang kini telah atau bakal memulakan hidup bersama pasangan rasmi. Semoga bahagia sentiasa. Jangan nakal-nakal lagi ya.

+ Norul Shamsira & Hairol
+ Maisyarah Isa & MF
+ Saiful Adib & Sabeha
+ Abdul Jalal & Reha
+ Zakiah Mashud & pasangan

Imran Syafik
tiada tekanan beri laluan

2 comments:

Anonymous said...

hi im,terjumpa blog im sbb im komen kat blog hanis zzzz :P adushh...tensyennye tgk gambar semua org kawen.nyway,have a nice day im

Imran Syafik said...

Lebih tension bila wedding dah banyak, makan pun nak banyak jugak. Btw, siapa dia ni? Have a nice day too..