24 January, 2010

Liga Primier Fantasi: Minggu 22

Terima kasih kepada Encik Wan Runi (nama melayu beliau) kerana menjaringkan 5 biji gol kesemuanya pada minggu ke-22 sekaligus menjadikan markah individunya sebanyak 64. Fuiyo! Banyak tu. Tak sia-sia lantik jadi kapitan. Total keseluruhan minggu ni 124. Fuhhh, lega terselamat dari bottom table setelah register 3 minggu lambat.
(kelab bola hari-hari mau, lemak ah)

Sedih bila kesebelasan utama tiada ahli dari pasukan kegemaran sendiri. Malah selaku pemain simpanan pun tak ada. Lalang sungguh. Takpe takpe, bila tonggak harapan ayam tambatan Kelab Bola Bangau kembali sihat sejahtera, saya ambil semula.



( pakai but bola yang dipromosi pemain kelab bola bangau, baru boleh jaring 4 gol)

Selaku penyokong Kelab Bola Bangau, ramai yang secara otomatik terus tidak senang duduk dengan pasukan seteru ketat Kelab Bola Syaiton Nirrajim Merah. Disini berhajat saya nyatakan tidak benci pasukan mereka ni, malah pernah menyokong waktu kecil dulu. Cuma cukup menyampah menyumpah seranah kepada peminat mereka yang ramai arrogant, biased dan mulut macam taik. Saya kata 'ramai', bukan semua. Jangan marah aaa, kalau marah anda mungkin kategori ramai.

Imran Syafik
YNWA - You'll Never Walk Alone / You'll Never Win Anything.

2 comments:

Matluthfi90 said...

1. liverpool tak beli banyak high profile player time transfer window yang lepas, tu yang slack sikit tu. plus torres injured pulak.

2. anyway, aku sokong gunners.

3. go liverpool, hope that they will end up top four again :)

Imran Syafik said...

Banyak investment kurang meyakinkan. Lagipun, dependent sangat dengan Torres & Gerrard pun tak boleh jugak.

Kelab bola meriam pun mantap jugak. Respect Gunners sebab selalu permainan cantek. Ramai pemain muda remaja pulak tu.

Hopefully. Entah macam mana kalau tak dapat CL spot.

Pemain kegemaran siapa?