23 February, 2010

Urusan Kerajaan: Ditemu & diduga

Berkenaan dengan entri PAC sini, berikut adalah keputusannya.

(LULUS: syukur, siapa sangka?)

Sebelum ini, tidak ramai yang tahu akan perkembangan saya tentang permohonan jawatan diatas (M41). Yang tahu pun, hanyalah mereka-mereka yang terdekat dengan saya. Selain mereka yang terus gigih membaca di ruang ni.

Kalau boleh memang hendak dibiarkan rahsia, buat masa ini. Jika dengan izinNya saya berjaya, baru beritahu semua. Fikir-fikir, itu saja cara untuk selamatkan diri sekiranya ditakdirkan bukan/belum rezeki saya (ayat berlapik bagi gagal).

Tapi kini, hampir seluruh sanak-saudara, kaum kerabat, orang kampung yang sudah tahu. Jutaan terima kasih kepada yang memberi sokongan. Mula-mula, terkejut juga entah dari mana mereka tahu. Tetapi setelah mengenangkan gelaran 'CNN bergerak' oleh aunty-aunty, siapa lagi kalau bukan Bonda saya sendiri. Mungkin ianya salah satu niat murni Bonda untuk memotivasikan anaknya yang relax selamba kodok walhal ilmu sekangkang kera pun belum tentu.

Walaupun Bonda berniat suci murni, saya anggap ianya suatu cara yang agak mara bahaya. Mana taknya, jika ditakdirkan bukan/belum rezeki saya (berlapik lagi). Manalah mahu taruk muka ni. Tak ke pressure disitu? Tiada pilihan lain, selain harus terus berusaha bersungguh-sungguh semata-mata untuk mengelakkan menanggung perasaan malu menggunung. Syabas kepada Bonda atas cara motivasi yang cukup licik. Mungkin akan praktik pada cucu mu nanti pada masa akan datang. Sekadar bagi menyambung tradisi disamping membalas dendam.

Pressure make diamonds ~General George S. Patton

Ok, setelah PAC selesai. Proses ketiga adalah temuduga.

Tarikh
17Februari2010
Waktu
0800
Tempat
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Jalan Cenderasari
Kuala Lumpur


Sebelum tu, memandu sepanjang malam balik dari kampung dan tiba di rumah lebih kurang jam 0300. Bertambah gabra dan cuak tidak terhingga, lagi-lagi setelah tak cukup tidur malam sebelumnya.

Sembilan(9) calon semuanya dan saya yang terakhir. Selamat, sempat rehat dan sarapan sambil tenangkan diri dulu. Tidak dilupakan last minute study (bukan revision) yang sememangnya signifikan dan sinonim dengan saya. Buku, suratkhabar, nota semua dalam beg. Menggelabah tapir lah katakan.

Ada juga calon yang sama-sama PAC dulu, Pang namanya. Dia semacam terkejut nampak saya. Kenapa? Tak percaya? Calon-calon lain pun ada, baik hati semuanya kongsi pengalaman apa yang ditanya. Macam biasa soalan memang random, nasib mu ah keno lagu mano.

(misteri disebalik Pintu A: entah apalah yang akan ditanya nanti)

Banyak soalan berkenaan bidang kepakaran diri sendiri. Bagaimana dapat dimanafaatkan bila mula menjawat peranan PTD nanti. Bidang pengkhususan saya memang agak sukar untuk digebang gendang. Antara yang sempat saya merapu-meraban termasuklah yang tertera dibawah. Terima kasih Zain HD atas inspirasi. Sokongan penuh.



Sekarang hanya mampu berserah, doa & tawakal sepenuh hati. Dahlah usaha kurang, tawakal jer kerja kau, Imran. Macam manapun, syukur kalau berjaya, dan jangan putus asa kalau sebaliknya. Keputusannya, kita nantikan jelah.

Imran Syafik
jangan main-main, belum confirm lagi

20 February, 2010

Ayahanda + Bonda: Projek Pasca Persaraan

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, kampung ayahanda saya terletak di Kulim, Kedah. Dahulunya kesibukan kerja disamping perjalanan jauh mungkin menjadi salah satu punca kami jarang pulang ke kampung. Kalau ada pun, sekurangnya adalah dalam 2/3 kali setahun. (Baca 2atau3, bukan 2per3)

Tetapi kini semenjak Ayahanda dan Bonda semakin hampir dengan usia persaraan mandatori, bebanan kerja mereka dilihat lebih ringan. Oleh kerana punya lebih masa terluang, kami tiada alasan untuk tidak pulang. Tambahan lagi, dengan adanya anak-anak besar panjang yang sudah berlesen memandu penuh. Biarlah mereka menjadi mangsa untuk memandu jauh. **kepada anak-anak yang masih dihantar ayahanda bonda kemana-mana, hargailah mereka.

Selain memenuhi tanggungjawab terhadap keluarga dan saudara mara dengan acara melawat dan sebagainya. Ayahanda pulang tidak lain tidak bukan lagi untuk melihat perkembangan projek pasca persaraannya. Terletak di Sg. Seluang Batu 8, projek ini masih lagi dalam frasa awal disamping pembinaan semula. Tak perlulah saya merapu-meraban panjang lebar. Cukuplah dengan beberapa keping gambar sebagai bukti.


+ respon ayahanda bila sudah terpengaruh dengan perangai anak-anak yang ketagih bermain farmville, barnbuddy dsb. (anak-anak lain kecuali saya)
+ bila sudah siap nanti, bersedialah anak-anak untuk dengar ayahanda kata "apa barang buat virtual punya!". harap tidak disambung dengan ketawa besar.

Projek pasca persaraan Bonda lain pula, jauh mengambil stok baru di Jalan Kapitan Keling, Pulau Pinang. Yang ini lagilah langsung saya tak digalakkan cerita, demi keselamatan kami sekeluarga. Cuma jika betul bercita-cita jadi MamiJarum boleh contact Bonda saya.


+ kerana tidak biasa dengan feri, kejakunan jelas kelihatan di raut muka mereka
+ nasik kandar beratur, harus singgah setiap kali ke sana

Doa saya semoga projek mereka masing-masing berjaya dengan gilang-gemilang penuh gemerlapan. Sebagaimana mereka sentiasa berdoa untuk kejayaan saya.

Imran Syafik
setelah sekian lama, masih lembab jalan-jalan sebelah utara

12 February, 2010

CNY


+ sekotak limau diberi oleh jiran sebelah rumah. 3 biji diatas selesai dimakan sejurus selepas sesi penggambaran.
+ pokok lucky bamboo diadopt dari ikea sempena tahun baru cina.
+ harap cepat membesar agar boleh dibuat untuk memasak lemang pada raya aidilfitri akan datang.

Imran Syafik
1984 tahun tikus

09 February, 2010

Gusti Kocek: En.910i vs Mr.Keys

Apabila

En.910i
vs
Mr.Keys

bertempat di
keputusannya

(pesanan ringkas: entah dari siapa? tarikh dan masa bila? perkara apa? bagaimana mahu confirm sekarang?)

Oleh kerana Mr.Keys membawa sebondol kawan-kawan lain disamping keychain yang bertubuh besi besar gedabak sebagai bonzer, kecederaan parah dibahagian muka En.910i tidak dapat dirawat lagi. Punca pergaduhan dikatakan melibatkan perebutan kawasan dalam daerah kocek tuan mereka. Walau bagaimanapun, tiada laporan kepada pihak berkuasa dibuat.

Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika tidak memberi maklum balas melalui sms sebelum ini. Walaupun ada masanya saya memang malas membalas sms, ini bukanlah suatu alasan semata-mata. Sekarang harus pertimbangkan iPhone, Blackberry ataupun baiki sahaja. Pandangan dihargai.

Pengajaran cerita
Skop besar: pergaduhan bukanlah penyelesaian yang terbaik. seringkali ianya membawa padah dan menjurus kepada kesusahan.
Skop kecil: jangan simpan handphone dan kunci anda bersama dalam poket seluar yang sama.

Imran Syafik
harap tiada rematch. peace no war.

08 February, 2010

Pengawal Peribadi: Medan

Siapa yang sangka bahawa orang yang berbadan besar punya banyak juga kelebihannya. Diantaranya, dipanggil untuk menjadi pengawal peribadi untuk orang-orang kenamaan. Selain tiket penerbangan, makanan dan tempat tinggal mewah turut ditaja.

Ibu Aminah, Intan, Ibu Saleha (sebut Soleha), Ibu Azizah (sebut Ajijah)
walaupun mungkin mereka tidaklah ternama mana, tetapi mereka tetap ternama di hati saya (kipas kipas, semoga diajak lagi lain kali)

Subjek: lihat gambar diatas (harap maklum, lelaki diatas motor pada background tidak termasuk)
Misi: memastikan mereka selamat pergi & pulang sihat sejahtera dalam satu bentuk
Durasi: 72jam / 3hari2malam
Lokasi: Medan, Indonesia

Sungguhpun masih mentah berdarah dalam bidang ini dengan assignment yang pertama, sudah dipanggil untuk melancong ditugaskan kerja outstation. Memanglah beruntung. Tapi diingatkan ianya bukan kerja mudah, tugas ini banyak dugaannya. Penuh bahaya yang tak tersangka.


+ tujuan utama adalah untuk pergi ke toko kain untuk membuat langsir & pakaian pengantin.
+ toko adalah kedai. tookoo pula adalah watak dalam filem 'Kami' lakonan Allahyarham Sudirman
+ masakan padang, belasan lauk-pauk berbeza semeja perkara biasa bagi mereka.
+ adik-beradik hantu durian, walau dimana mereka berada mesti mahu cuba



+ ada yang kata, danau toba sebesar pulau singapura. betul ke?
+ tomok pula adalah sebuah pulau di danau toba. tidak mungkin penyanyi itu dilahirkan disini.
+ apabila tiba di pulau ini, harus sebut 'horas' tiga kali. bermakna selamat.
+ patung berbaju hitam di depan rumah kepala desa itu adalah si gale-gale, penari mistik. panjang ceritanya.

Dengan ini dilaporkan, kesemua subjek selamat pulang ke tanah air dengan selamat, sihat & riang ria. Tidak terkecuali semua bagasi yang turut bertambah sihat mengalami peningkatan berat secara mendadak. Ditambah lagi beberapa bagasi yang terberanak dengan banyak jumlahnya. Syabas Imran! Mission accomplish. *sambil tepuk bahu sendiri

Setelah pulang, terdapat beberapa hari dimana cara bacaan, penulisan, percakapan & pemikiran saya secara otomatik disetkan dalam bahasa Indonesia. Mungkin akibat daripada terlalu banyak cubaan menyamar menjadi warga mereka ketika disana.

(manohara: harta karun yang ditemui tapi tidak dibeli)

Imran Syafik
obsesi terkini: box-office dari seberang

03 February, 2010

Providence? (Bukak Kamus Cepat)

The title was just for LOL. No pun intended. Anybody who can come up with its definition, please fill it up in the comment section.

This entry is dedicated to a specific lady, which I met once too many times at different distant places in such short period of time, recently. I have known you from before, but never got the chance to meet & greet you. Just so you know, I like your style, and I like your goofy acts even more.

Eventually,

Hopefully I didn't do it in such creepy manner. Just making sure that it was really you who I encountered the day before. I wont get into the 'I mean no harm' speech because that's what eerie people would usually say to fish their victim. I believe if there is nothing I can say to make you feel any safer, i suggest you keep your guards up. Sign up to any 'Silat' classes if you must, while I try to figure out a less disturbing routine to approach.

In addition to my other likes, I like your shoes too. Extra major plus points to any ladies out there who owns such kickers. Despite the female favorite of high heels, I often oppose the idea of choosing to be sore just in order to look nice. Sneakers are more comfy and convenient to be worn anywhere anytime. Even just for a walk at the park, for example.

(converse all-star: brown was her exact color)

Remember buying the exact pair for my little bro last year for a superb low price. It was later stolen from the front porch cabinet just after not more than 3or4 times of usages. Easy come, easy go. Take care of yours better alright.

Imran Syafik
Suka-suka biasa-biasa sahaja.