Ibu Aminah, Intan, Ibu Saleha (sebut Soleha), Ibu Azizah (sebut Ajijah)
walaupun mungkin mereka tidaklah ternama mana, tetapi mereka tetap ternama di hati saya (kipas kipas, semoga diajak lagi lain kali)

Subjek: lihat gambar diatas (harap maklum, lelaki diatas motor pada background tidak termasuk)
Misi: memastikan mereka selamat pergi & pulang sihat sejahtera dalam satu bentuk
Durasi: 72jam / 3hari2malam
Lokasi: Medan, Indonesia
Sungguhpun masih mentah berdarah dalam bidang ini dengan assignment yang pertama, sudah dipanggil untukmelancong ditugaskan kerja outstation. Memanglah beruntung. Tapi diingatkan ianya bukan kerja mudah, tugas ini banyak dugaannya. Penuh bahaya yang tak tersangka.
+ tujuan utama adalah untuk pergi ke toko kain untuk membuat langsir & pakaian pengantin.
+ toko adalah kedai. tookoo pula adalah watak dalam filem 'Kami' lakonan Allahyarham Sudirman
+ masakan padang, belasan lauk-pauk berbeza semeja perkara biasa bagi mereka.
+ adik-beradik hantu durian, walau dimana mereka berada mesti mahu cuba
+ ada yang kata, danau toba sebesar pulau singapura. betul ke?
+ tomok pula adalah sebuah pulau di danau toba. tidak mungkin penyanyi itu dilahirkan disini.
+ apabila tiba di pulau ini, harus sebut 'horas' tiga kali. bermakna selamat.
+ patung berbaju hitam di depan rumah kepala desa itu adalah si gale-gale, penari mistik. panjang ceritanya.
Dengan ini dilaporkan, kesemua subjek selamat pulang ke tanah air dengan selamat, sihat & riang ria. Tidak terkecuali semua bagasi yang turut bertambah sihat mengalami peningkatan berat secara mendadak. Ditambah lagi beberapa bagasi yang terberanak dengan banyak jumlahnya. Syabas Imran! Mission accomplish. *sambil tepuk bahu sendiri
Setelah pulang, terdapat beberapa hari dimana cara bacaan, penulisan, percakapan & pemikiran saya secara otomatik disetkan dalam bahasa Indonesia. Mungkin akibat daripada terlalu banyak cubaan menyamar menjadi warga mereka ketika disana.
Imran Syafik
obsesi terkini: box-office dari seberang
Misi: memastikan mereka selamat pergi & pulang sihat sejahtera dalam satu bentuk
Durasi: 72jam / 3hari2malam
Lokasi: Medan, Indonesia
Sungguhpun masih mentah berdarah dalam bidang ini dengan assignment yang pertama, sudah dipanggil untuk
+ tujuan utama adalah untuk pergi ke toko kain untuk membuat langsir & pakaian pengantin.
+ toko adalah kedai. tookoo pula adalah watak dalam filem 'Kami' lakonan Allahyarham Sudirman
+ masakan padang, belasan lauk-pauk berbeza semeja perkara biasa bagi mereka.
+ adik-beradik hantu durian, walau dimana mereka berada mesti mahu cuba
+ ada yang kata, danau toba sebesar pulau singapura. betul ke?
+ tomok pula adalah sebuah pulau di danau toba. tidak mungkin penyanyi itu dilahirkan disini.
+ apabila tiba di pulau ini, harus sebut 'horas' tiga kali. bermakna selamat.
+ patung berbaju hitam di depan rumah kepala desa itu adalah si gale-gale, penari mistik. panjang ceritanya.
Dengan ini dilaporkan, kesemua subjek selamat pulang ke tanah air dengan selamat, sihat & riang ria. Tidak terkecuali semua bagasi yang turut bertambah sihat mengalami peningkatan berat secara mendadak. Ditambah lagi beberapa bagasi yang terberanak dengan banyak jumlahnya. Syabas Imran! Mission accomplish. *sambil tepuk bahu sendiri
Setelah pulang, terdapat beberapa hari dimana cara bacaan, penulisan, percakapan & pemikiran saya secara otomatik disetkan dalam bahasa Indonesia. Mungkin akibat daripada terlalu banyak cubaan menyamar menjadi warga mereka ketika disana.
Imran Syafik
obsesi terkini: box-office dari seberang
2 comments:
oh.dia pun ke indon!ngapain gak ketemu deh?? :P
p/s:i balik pun bila cakap nak macam indon.watdehel? :P
Jauh sih Medan sama Bali. Seronok ngak disana?
Itulah pasal, tengok tv cerita-cerita melayu baru ok sekarang. Hahaha..
Post a Comment