23 February, 2010

Urusan Kerajaan: Ditemu & diduga

Berkenaan dengan entri PAC sini, berikut adalah keputusannya.

(LULUS: syukur, siapa sangka?)

Sebelum ini, tidak ramai yang tahu akan perkembangan saya tentang permohonan jawatan diatas (M41). Yang tahu pun, hanyalah mereka-mereka yang terdekat dengan saya. Selain mereka yang terus gigih membaca di ruang ni.

Kalau boleh memang hendak dibiarkan rahsia, buat masa ini. Jika dengan izinNya saya berjaya, baru beritahu semua. Fikir-fikir, itu saja cara untuk selamatkan diri sekiranya ditakdirkan bukan/belum rezeki saya (ayat berlapik bagi gagal).

Tapi kini, hampir seluruh sanak-saudara, kaum kerabat, orang kampung yang sudah tahu. Jutaan terima kasih kepada yang memberi sokongan. Mula-mula, terkejut juga entah dari mana mereka tahu. Tetapi setelah mengenangkan gelaran 'CNN bergerak' oleh aunty-aunty, siapa lagi kalau bukan Bonda saya sendiri. Mungkin ianya salah satu niat murni Bonda untuk memotivasikan anaknya yang relax selamba kodok walhal ilmu sekangkang kera pun belum tentu.

Walaupun Bonda berniat suci murni, saya anggap ianya suatu cara yang agak mara bahaya. Mana taknya, jika ditakdirkan bukan/belum rezeki saya (berlapik lagi). Manalah mahu taruk muka ni. Tak ke pressure disitu? Tiada pilihan lain, selain harus terus berusaha bersungguh-sungguh semata-mata untuk mengelakkan menanggung perasaan malu menggunung. Syabas kepada Bonda atas cara motivasi yang cukup licik. Mungkin akan praktik pada cucu mu nanti pada masa akan datang. Sekadar bagi menyambung tradisi disamping membalas dendam.

Pressure make diamonds ~General George S. Patton

Ok, setelah PAC selesai. Proses ketiga adalah temuduga.

Tarikh
17Februari2010
Waktu
0800
Tempat
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Jalan Cenderasari
Kuala Lumpur


Sebelum tu, memandu sepanjang malam balik dari kampung dan tiba di rumah lebih kurang jam 0300. Bertambah gabra dan cuak tidak terhingga, lagi-lagi setelah tak cukup tidur malam sebelumnya.

Sembilan(9) calon semuanya dan saya yang terakhir. Selamat, sempat rehat dan sarapan sambil tenangkan diri dulu. Tidak dilupakan last minute study (bukan revision) yang sememangnya signifikan dan sinonim dengan saya. Buku, suratkhabar, nota semua dalam beg. Menggelabah tapir lah katakan.

Ada juga calon yang sama-sama PAC dulu, Pang namanya. Dia semacam terkejut nampak saya. Kenapa? Tak percaya? Calon-calon lain pun ada, baik hati semuanya kongsi pengalaman apa yang ditanya. Macam biasa soalan memang random, nasib mu ah keno lagu mano.

(misteri disebalik Pintu A: entah apalah yang akan ditanya nanti)

Banyak soalan berkenaan bidang kepakaran diri sendiri. Bagaimana dapat dimanafaatkan bila mula menjawat peranan PTD nanti. Bidang pengkhususan saya memang agak sukar untuk digebang gendang. Antara yang sempat saya merapu-meraban termasuklah yang tertera dibawah. Terima kasih Zain HD atas inspirasi. Sokongan penuh.



Sekarang hanya mampu berserah, doa & tawakal sepenuh hati. Dahlah usaha kurang, tawakal jer kerja kau, Imran. Macam manapun, syukur kalau berjaya, dan jangan putus asa kalau sebaliknya. Keputusannya, kita nantikan jelah.

Imran Syafik
jangan main-main, belum confirm lagi

2 comments:

erinchunk said...

tahniah! see u soon! B-)

Imran Syafik said...

thanks. see you when i see u. :) Insyallah..