10 March, 2010

Saya ingin ke Gatsby Deodorant Street Fair

Mahu menang barangan hadiah menarik?
Cabutan bertuah bernilai lebih RM15,000?
Pelbagai permainan penuh riang?

Bersempena dengan Projek400, saya dengan ini bersenang hati, tersenyum lebar berhajat untuk mengwar-warkan kepada seluruh rakyat jelata bahawa sebuah 'street fair' gilang-gemilang bakal diadakan anjuran oleh Gatsby Deodorant. Details untuk acara ni seperti berikut:-

Tarikh: 17 April 2010
Masa: 10pagi hingga 5 petang
Tempat: Ground Floor Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur

penat buat ni, siaplah kalau tak datang

Ok meh sini cerita sikit pasal event ni. Dikatakan pelbagai permainan aneka hadiah disediakan. Diantara permainan yang ada waktu Gatsby Deodorant Street Fair ni termasuklah permainan yang mudah-semudahnya membaling getah hinggalah ke yang seronok-seseronoknya gusti sumo dalam beg udara. Peserta tak perlu segan silu untuk bermain penuh riang ria, malah peserta akan diberi mata ganjaran untuk ditebus dengan barangan hebat dari Gatsby. Mudah, seronok, dan dapat hadiah pulak tu, apa lagi alasan untuk tidak turut serta?

Tak cukup dengan itu, mereka yang terlibat mengambil bahagian dalam permainan tadi turut berpeluang untuk menang cabutan bertuah. Hadiah cabutan bertuah yang bukan calang-calang termasuklah barangan elektronik, komputer, telefon bimbit, baucar tunai dengan jumlah lebih dari RM15,000. Haruslah anda kongsi dengan saya jika menang. Penat saya ajak ni. Ok setelah penuh ayat promosi diatas, tak perlulah tunggu-tunggu lagi. Cancel segala rancangan lain dan set schedule untuk event ni dalam handphone, bubuh alarm sekuat siren bomba kalau boleh.

Bagaimana mahu sampai kesana?

Antara cara mudah bagi pengguna pengangkutan awam adalah dengan menaiki monorail dan turun di stesen Imbi. Gambar-gambar dibawah adalah sebagai rujukan bagi mereka yang memerlukan.

Visual aid sebesar-besar alam. Kalau tak sampai juga, tak tahu nak kata apa.


Cadangan permainan saya, apa kata kita main baling tin. Tapi instead of guna tin, kita guna produk terbaru Gatsby. Serious fun weh. Bagi yang tak reti main baling tin rujuk sini. Dah habis baca rujukan, jangan lupa ucap terima kasih kepada Chi Too atas tunjuk ajar.

Jangan lupa bawak abang, adik, emak, ayah, saudara-mara, kawan-kawan dan seluruh orang kampunglah senang cerita. Untuk gambaran betapa meriahnya, layari www.gatsby.com.my/streetfair

Imran Syafik
menanti cabaran gusti sumo

2 comments:

erinchunk said...

hahaha semangat gila promote! ada dapat ape2 imbuhan ke?

Imran Syafik said...

hahaha itulah semangat kan? tiba-tiba dapat arahan. ikut jer ni. imbuhan tak tahulah..