25 August, 2009

Doa Tahan Puasa


"Allahumma

Wabaringsana

Wabaringsini

Wataktahan

Wamaumati

Walihatjam

Masihlamalagi

Takdenasi

Watibaimegi

Nantilainkali

Wakasiganti"

p/s: kalu rasa nak kena panah petir...niat lar mcmni...amin! =P

Nota dipetik dari Liyana Shahab.

21 August, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan



Kepada semua muslimin & muslimah seluruh dunia.

"Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak"

Dengan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua, diatas segala silap & salah, samaada sengaja atau tidak, yang sudah terlanjur ataupun masih belum terjadi. Semoga Ramadhan kita kali ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya agar menjadi lebih bermakna.

Dalam bulan Ramadhan ni, mesti ramai yang tak sabar untuk membeli-belah di Pasar Ramadhan. Pada masa inilah orang ramai sibuk berasak-asak mencari juadah bagi memenuhi selera berbuka puasa. Tidak dilupakan juga bagi sesetengah anak muda yang datang dengan berniat serampang dua mata, membeli juadah sambil-sambil mencuci mata mencari jodoh. (elakkan mengurangkan pahala puasa anda). Di sini juga, adegan bertemu kawan lama tak jumpa sering terjadi. Adegan yang sering membuat orang belakang anda yang sedang berasak semakin panas dan ganas. Pasar Ramadhan juga sering dimanafaat oleh orang-orang bukan Islam. Ada juga mereka yang membeli-belah mengalahkan orang yang puasa. Ikutkan hati panaslah juga bila gerai yang anda beratur panjang, berdiri lenguh kaki, perut lapar, cuaca panas, bunyi bising, menanti popia basah yang dah lama nak makan disapu bersih oleh mereka. Tapi takpa, kita 1Malaysia..

Bagi anda yang ingin mencuba juadah berbuka puasa istimewa. Cubalah Nasi Beriani Dum Madras yang ada di Lot 46, Pasar Ramadhan Kompleks PKNS, Shah Alam. Walaupun gerai ni kawan kami yang punya, tapi kami tidak biased untuk mengatakan ia memang sedap, murah pun bolehlah tahan. Dia kata, kalau tempah banyak untuk majlis berbuka ke apa, harga special Kalau tak jumpa jugak, carik banner ni ataupun call dia terus..


Selamat Bersahur ataupun Selamat Berbuka mengikut ketetapan waktu anda.

Imran Syafik
orang kata: jangan tak puasa haaa..

02 August, 2009

ConventionOfThoseWoundedByLove: Agreement



*sila tekan bucu mukasurat

Credits goes to Paulo Coelho, you can reach more about him here. Thanks to iqanabeera aka bintang paling jauh for sharing..

In another totally different realm, i would like to congratulate..
+ Khusairi @ Joy & Norzilah on their marriage (07062009)
+ Nurul Farhana & Edan on thier marriage (08072009)
+ Izwan Salim & Nor Baizura on their engagement (01082009)
+ Amir Abdillah & Azzahra on their marriage (02082009)
in advance,
+ Firdaus & wife on their marriage (08082009)
+ Azfar & wife on their marriage (09082009)
+ Faruqi Uzair & Syazwani (?)

Terima kasih atas jemputan & harap maaf jika saya terlepas. 'Siapa agaknya lepas ni?' ayat paling klise ketika menghadiri hampir setiap majlis perkahwinan digunakan untuk mengakhiri entri kali ini. Sekian, wassalam..

imran syafik

24 July, 2009

Urusan Kerajaan (budak kecik jangan masuk campur)


Came back from Friday Prayers and came upon this in the mailbox. I mean the house mailbox..


Amatlah terkejut, kerana ianya bukanlah surat layang. Malah lebih terkejut kerana ternyata juga bukan surat saman. Setelah tidak berapa lama menanti, akhirnya surat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kunjung tiba. Tarikh yang dinanti-nanti? 8Ogos2009. Antara 2minggu yang terpenting dalam hidup.

Dengan ini, sesiapa yang masih membaca diwajibkan, diulangi WAJIB berdoa agar saya berjaya dengan cemerlang. Dengan izinNya saya berjaya, teh tarik & roti canai percuma dihidang dirumah saya (tertakluk kepada terma dan syarat). Sebelum berpisah, sesiapa yang terluang untuk berkongsi pengalaman memberi tips, cadangan, pandangan, soalan spot, dan apa-apa sahaja. Silalah, jangan malu jangan segan. Buat macam rumah sendiri.

Sekian,
imran syafik

09 July, 2009

Biar radio rosak, Jangan akhlak rosak


"Toot, toooot, sari berita terkini,
Seorang lelaki, dipercayai berumur lingkungan pertengahan 20-an dijumpai gila setelah didapati hidup tanpa internet selama 2 minggu."
(terbukti tidak tertakluk kepada saya)

Bermula 2 minggu lebih sikit yang lalu, perjalanan jauh hujung minggu yang diajak Aidil lagi tidak dapat ditolak lagi. Tidak sampai hati melihat dirinya pergi seorang diri setelah diajak berkali-kali. Destinasi perjalanan jauh kali ini, tidak lain tidak bukan Pasir Gudang, Johor. Jauh bukan, adalah lebih kurang 350km. Tengok peta, kan dah dekat sempadan Singapura tu. Itulah, siapa kata kelas geografi tak penting. Berbalik kepada cerita, tujuan perjalanan adalah untuk menonton.. jeng jeng jeng...



Setelah minggu sebelumnya pergi menonton PMI3, minggu ini sebagai warganegara yang prihatin & patriotik kami menyokong penuh industri muzik tempatan. Sedar diri usia yang sudah lanjut ini, tetapi apakan daya masa muda-mudi dulu tak berpeluang membuat angkara-angkara seperti begini. Dalam perjalanan kami singgah di Melaka berhenti rehat di rumah sewa kawan lama tak jumpa, Hafiz yang baik hati & berbudi pekerti. Kami bertiga menikmati makan larut malam di tepian pantai Umbai sambil ditiup hembusan angin nyaman dingin malam. Oh indahnya..

Setelah bergilir-gilir memandu, kami tiba di Pasir Gudang pada waktu hening Subuh dengan perasaan seperti pernah sampai ke sini, buat-buat pandai akhirnya kami berjaya sesat. Penat memandu mencari jalan, akirnya berjumpa Hotel Selesa yang telah ditempah dan terus check-in. Menanti sekian lama di lobi bersama laptop gedabak ini mencari internet, akhirnya diberitahu sistem wifi hotel agak bermasalah pada ketika ini. Terus menuju ke cafe untuk menikmati sarapan dengan pasrah. Setelah waktu sarapan tamat (tak habis waktu kami tak berhenti makan) bergegas ke bilik untuk tidur. Bangun waktu zohor untuk bersiap pergi menonton RadioRosak woh. Maklumat lanjut sila tekan sini.

Tidak tersangka berjaya mendapat backstage access pass, terima kasih kepada Aidil & IzuanAuburn. Berada dikalangan mereka mencetus cita-cita menjadi jurukamera. Malangnya kamera lupa dibawa. Sungguh teruja apabila dapat bersalaman dengan lagenda rock Amy Search woh. Kalau boleh tak mahu basuh tangan seminggu. Sebagai tanda penghargaan kepada Auburn, saya menjemput anda untuk tekan sini, sana & situ..

Letupan bunga api menjadi penutup acara. Saya pulang ke hotel untuk berehat dan terus tidur. Selepas pertandingan 'siapa boleh makan lebih' pada sarapan pagi keesokan harinya, kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

(bersambung)

imran syafik