25 November, 2009

Congrats to Azrin & Izzati

Macam biasalah, bila sudah mula berazam kuat untuk mengurangkan makan nasik. Masa tu jugaklah, ada kenduri lah, dinner lah, openhouse lah, potluck dan bagai-bagai lah. Macam manalah nak kurus, kata hati kepada perut yang bernafsu buas. Walau macam mana pun, Alhamdulillah rezeki.

Entri kali ini tentang majlis akad nikah dan reception saudara saya, Izzati bersama pasangannya Azrin. Tahniah anda berdua saya doakan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Siapa pula agaknya dikalangan saudara kita yang boleh dikira 'next in the line?' Kamera sila fokus kepada saudara-saudara yang lebih senior dan lanjut usia. Tarik nafas lega sebab agak ramai lagi.

Majlis akad bertarikh 20.11 selamat dilansungkan di Kajang.
Di sinilah mula sedar tentang kelemahan saya dengan makanan masakan kampung. Seakan kriptonite, tiba-tiba hilang ingatan tentang segala azam & usaha selama ni. Yang peliknya, bila pinggan cuma tinggal tulang, barulah ingatan tu ada balik. Balik bertemankan penyesalan yang tak sudah. 'Wajib tambah' itulah tagline yang akan digunakan jika saya ditakdirkan untuk membuka restoran masakan kampung satu hari nanti. Copyright aaa.

Majlis resepsi pada keesok harinya 21.11 diadakan di Dewan Banquet UPM
Berbekalkan handycam milik Ayahanda yang baru dibeli beberapa bulan lepas, saya dan adik sendiri, Aizat ditugaskan menjadi videoman amatur bergilir-gilir. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil.





Harap maklum, gambar diambil menggunakan videocam, bukan camera. Alasan untuk kualiti gambar yang agak hambar. Kalau mahu yang tidak hambar, minta video dari ibubapa pengantin sendiri.


iman najla: gadis bunga kegemaran ramai

Imran Syafik
orang kata: kahwin lambat nanti tak sempat jumpa cucu

23 November, 2009

Tidak ada jalan cerita disini: 2012 & Pisau Cukur


Baru-baru ni kerap pula menonton wayang. Dua kali seminggu boleh dianggap kerap tak?

Dua ribu dua belas
atau
dua kosong satu dua
atau
2012

Pada mulanya tidak berniat langsung untuk pergi sebab ramai kata tak seberapa best. Sehinggalah satu hari diajak Bonda pergi bersama seluruh keluarga. Mula tertarik kerana pergi bersama keluarga bermakna percuma tetapi ianya bertambah menarik bila mula mendapat tahu pengarah ni juga yang mengarah filem Independence Day. Favourite tu dulu masa kecik-kecik. Kumpul duit belanja sekolah nak tengok 3 kali kat wayang kalau tak salah. Cerita ni memang agak menakutkan. Lebih kurang gambaran seperti hari kiamat. Cuma pada masa ni, ada juga orang yang selamat. Agak ramai pulak tu. Tapi dalam takut-takut tu ada jugak terselit sebungkus-dua unsur-unsur humor.

Ada beberapa persamaan dalam cerita arahan pengarah ini.

Perasan tak pengarah ni selalu buat adegan pilot kapal terbang yang gempak-gempak? Asal nak jadi pria terhebat jer mesti pandai pandu kapal terbang. Scene macam nilah yang membuat kanak-kanak riang mula berangan memasang cita-cita menjadi pilot. Termasuk saya yang sedang menulis, eh menaip ni.

Lagi satu pengarah cerita ni suka membuat scene rumah putih hancur-lebur berkecai punah-ranah. Gilelu tak sikit punya agak, kapal US Navy J.F.K hempap rumah putih tu. (tak perlu susah-susah bayangkan, tengok sini). Sekali lagi seperti dalam cerita Independence Day (ibukapal alien membuat kamehameha kearah rumah putih, rujuk sini). Scene yang sentiasa membuat pembenci-pembenci Amerika tepuk tangan bergembira.

Sepanjang filem saya suka tengok budak kecik perempuan anak pelakon utama tu. Dia memang comel. Bila besar mesti hot disamping jadi pelakon handalan. Siapa eh nama dia? Tak salah pertama kali nampak dia dalam intro cerita 'he's just not into you'. Antara quote yang saya suka dalam cerita ni lebih kurang berbunyi 'Leave it to the Chinese to build almost anyting.' Benar! Walaupun sebenarnya mungkin itu jer quote yang diingat selain 'Repent, the end is near.'

Harap tidak ada yang trauma atau fobia lepas menonton wayang ni. Mula berazam untuk tidak akan jejak kaki ke panggung wayang lagi atau mula membina kapal selam sendiri. Diharap juga ramai yang akan mula berkawan baik dengan masjid, sejadah, Al-Quran, tasbih dan perkara-perkara sewaktu dengannya. Ada juga yang mungkin mempersoal, apa yang anda akan buat kalau betul-betul terjadi? Lari? Insaf & bertaubat? Harap tidak terlambat. Oleh itu, untuk selamat mulalah menabung hingga cukup 1bilion euro ok?

Secara keseluruhan rating saya untuk wayang ni berjumlah 7 per 10.


Pisau cukur
atau
Golddigger

Saya dan 2 orang lagi rakan telah pergi menonton, demi menyokong industri filem tempatan secara amnya, dan demi Maya Karin dan Fazura secara khasnya. Am dan khas, haha macam kelas bahasa pula.

Barisan pelakon yang sudah cukup menarik, ditambah lagi dengan cameo oleh mereka yang tidak kurang hebatnya. Walaupun cerita ini saya anggap seperti sebuah chickflick melayu, terdapat juga unsur-unsur misteri seakan filem detektif penyiasatan. Bila sebut tentang chickflick, ianya pasti tidak lari dari penggunaan ayat-ayat menggedik sakan lebih kurang seperti Legally Blond gitu. 'Panas!! Memang panas hati saya mendengarnya. Tapi setelah fikir semula, ini mungkin bukti lakonan mereka memang berkesan dan boleh memberi impak untuk penonton biasa macam saya ni.

Jalan cerita yang agak meleret, kawan sebelah dah mula berdengus sikit-sikit. Bagi saya ok tapi happy ending yang cukup kami dah agak. Kecuali bab misteri tu. Kalau tak dah tentu tak dinamakan misteri, kawan. Lagi satu, kalau anda suka ini, anda mungkin suka filem ini.

Secara keseluruhan, rating diberikan 6 per 10.

Imran Syafik
orang kata: ambil risiko bila tengok wayang melayu

16 November, 2009

Segamat: Al-kisah seorang sidekick


Baru-baru ini telah meneman kawan untuk ke Segamat. Oleh kerana dia tidak tahu jalan, saya lebih dari gembira untuk turut serta apabila diminta. "I on jer" balasan sms kepada kawan tersebut, penuh teruja.

Kawan akan direfer sebagai AH (identiti tak berapa misteri). Tujuan AH kesana biar rahsia. Mungkin itu kehendak mereka. Lagipun kisah itu mereka yang empunya dan menjadi hak milik mereka sepenuhnya. Asalkan anda bahagia AHZ.

Perjalanan pergi balik hari yang cukup mendebarkan disebabkan oleh gaya & cara pemanduan AH yang cukup _______ (belum jumpa perkataan sesuai). Keadaan hujan tidak mengubah apa-apa. Rasa rollercoaster berkuasa turbo perasaan bersambung nyawa, berkecut perut, bergetar lutut, dan seringkali berkejang kaki seakan mahu menekan pedal brek walaupun duduk di sebelah penumpang. Nasib baik saya sudah kencing sebelum bertolak. Bukan saya tidak percaya kepada kecekapan pemanduan AH. Salahkan saya yang mungkin sudah terlalu tua atau masih belum cukup berhati kering untuk semua itu. Dinasihatkan agar ibu mengandung, pesakit jantung & yang lemah semangat untuk beringat sebelum kena.

Segamat.

Bagi yang belum tahu, 3 tahun saya hidup sebagai seorang pelajar di UiTMCJ. Walaupun balik ke rumah setiap hujung minggu tanpa gagal, ianya diantara tahun-tahun hidup yang patut saya contohi sentiasa. Di sini dan ketika inilah, merasa hidup gilang-gemilang dan dianggap peak sebagai seorang pelajar. Pelbagai kenangan dan cerita disini, tapi tak perlulah diceritakan semua. Tak cukup mukasurat pula nanti. Semasa disana tempoh hari, adalah berbual dengan seorang minah. Antara dialog yang menimbul deja vu (lebih kurang jer dialog ni)

Imran: Macam mana belajar kat Segamat ni?
Minah: Ermm, oklah. Memang tempat sesuai untuk belajar.
Imran: Selalu balik?
Minah: Tiap-tiap minggu. Kalau tak pun 2 minggu sekali.
Imran: Time free selalu buat apa?
Minah: Lepak kat bilik jer.

Jawapan tu memang sebijik bila ditanya dulu. Cuma mungkin jawapan saya lebih panjang sikit. Lebih panjang kerana sering ditambah cerita-cerita serta fakta-fakta membosankan. Sebut tentang fakta. Berikut beberapa fakta membosankan tentang Segamat dari saya. Harap faham bahawa yang membosankan itu saya, bukan Segamat.

+ buat masa ini, dewan UiTMCJ merupakan dewan terbesar UiTM seluruh Malaysia.
Diberitahu oleh seorang tokoh ketika memberi ceramah dulu. Tapi rasanya Kampuk Induk tidak mahu kalah kerana sedang membina dewan baru yang lagi besar.
+ cawangan MarryBrown pertama dibina di Bandar Segamat.
Dikatakan sudah tidak sedap seperti dahulu. Pengalaman pertama kali merasa makan atas buaian dalam restoran.
+ perjalanan melalui exit Tangkak, mengikut jalan ke air terjun Sagil
Sepanjang belajar 3 tahun, pernah pergi 1 kali sahaja. Itu pun senyap-senyap sebab telah dilarang seseorang. Dah habis belajar ada pergi lagi sekali.
+ antara perkara-perkara sinonim tentang Segamat.
Lalat, durian, hutan, lalat Normala Samsudin, banjir, lalat dan lain-lain lagi. Lalat sengaja ditaip banyak kali bagi memberi anggaran jumlah sebenar
+ kolej Taming Sari dahulunya terletak di sektor baru.
Tak percaya tengok dekat bukit sebelah benteng tu. Kamilah yang gotong -royong buat tu. Hodoh kan? Entah kenapalah kami ditukar ke bangunan lama.

Walaupun perjalanan pulang tidak kurang seramnya, tapi terasa seperti melayang jer sepanjang dalam kereta. Entah kenapa. Setelah hampir tiba, perasaan berasa lebih teruja kerana dapat berjumpa NR dan kesemua ahli MJ (bukan penyanyi). Ok, cukuplah tu. Jangan lebey-lebey. Sekian, bertemu dilain kali.

Imran Syafik
orang kata: perlu mencari obsesi baru

13 November, 2009

Urusan Kerajaan II (budak kecik main jauh-jauh)

Betapa gembira tidak tersangka apabila ini diumumkan. Bagi yang kurang nampak, sila fokus kepada nama penuh & perkataan LULUS dibaris terakhir.

Mula sedar keputusan telah keluar pada pertengahan Bulan Ramadhan yang lalu. Waktu tu kesemua komputer dirumah telah rosak & punah ranah dikerjakan adik-beradik yang lain (saya tidak bersalah). Maka, terpaksalah berhempas pulas membanting tulang empat kerat ni pergi ke CC (kafe siber) semata-mata untuk check result disamping melepaskan rindu terhadap laman sesawang Fesbuk.

Walaupun ketika itu masih duduk serumah dengan Ayahanda & Bonda, perasaan gembira itu tidak dapat dibendung lagi lalu terus printscreen dan email kepada mereka. Tapi sudah menjadi kebiasaan diri, walau apa pun segala jenis keputusan peperiksaan tak pernah beritahu bersemuka. Ketika balik ke rumah pun sengaja tak beritahu sesiapa konon-konon buat suprise. Salinan CC (carbon copy) tidak dilupakan turut dihantar ke email sendiri untuk tujuan mengenal pasti ini bukan mimpi.

Walau gembira macam mana pun, ini baru peringkat pertama. Tak perlu kecoh-kecoh & heboh-heboh dulu pesan aku kepada diriku sendiri. Kini setelah sekian lama menghitung hari menanti, keluar pula yang dibawah ni.



Jadual Program Assesment Center (PAC)

Lega jugaklah lepas jadual ni ada, sebab takut-takut dah terlepas. Sebelum tu ada kawan cerita tentang kawan dia yang baru lepas buat PAC ni. Terus panik dan menggagau cari nombor telefon SPA. Kalau diikutkan, tempohnya genap sebulan dari hari ini (14/11). Oleh itu, mulai hari ini akan cuba mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat & bermanafaat.

+ lebih kerap bangun awal pagi dan terus membuat apa yang patut
+ lebih banyak bersolat jemaah dimasjid
+ lebih banyak berjalan, berjogging, berbasikal dan berenang senang cerita bersukanlah
+ lebih kerap mengorder ais suam sahaja berbanding minuman lain yang tinggi kandungan gula
+ lebih cenderung kepada perkembangan isu semasa dalam dan luar negara berbanding gosip-gosip artis mahupun kawan mahupun jiran mahupun sesiapun.
+ lebih banyak membaca, mengira & menulis
+ lebih banyak berbahasa Inggeris bagi meninggikan peluang dihantar ke luar negara
+ makan bila perlu sahaja. Tidak lagi makan mengikut nafsu serakah (eating frenzy mode: OFF)

Sekira anda dapati saya melanggar mana-mana fasal diatas, jangan carik pasal anda berhak untuk penerajang saya sekali dalam seumur hidup untuk setiap kesalahan. Walaubagaimana sila minta izin dahulu dan jangan ingat ianya tidak akan dibalas dengan lebih dasyat lagi.

Imran Syafik
orang kata: pilihan kedua selepas yag pertama

07 November, 2009

Yayasan Ibubapa Pergi Bercuti

Setelah menghantar Ayahanda, Bonda, adik perempuan bersama 2 orang aunty (Jah & Nah) ke lapangan terbang awal pagi tadi, saya & Aizat (adik lelaki) cuba mengharungi hidup tanpa mereka. Abang pula pergi mengikut rombongan pejabat entah kemana. Yang tinggal hanyalah kami berdua. Dengan ketiadaan mereka, ini bermakna rumah ini kamilah yang punya. WOooOohhoooOOoo!! (padahal sebenarnya sudah mula bosan & sepi dirumah)


Gambar diatas diambil ketika majlis harijadi ayahanda yang lepas. Ketika itu, kami makan mewah. Tetapi kini setelah pemergian mereka, kami mungkin tidak akan merasa makanan mewah sebegini lagi. Walaupun bagaimanapun, terima kasih kepada Bonda kerana telah memenuhkan stok peti sejuk dengan makanan-makanan instant untuk membolehkan kami terus hidup. Semoga ianya mencukupi untuk kami dalam tempoh 1 minggu ini. Entah kenapa tiba-tiba berminat mencari lagu tema siri TV Survivor.

Walaupun dengan pemergian mereka meninggalkan kereta minyak penuh untuk kegunaan kami sesuka hati. Entah kenapa, macam malas pulak nak keluar. Walhal, Aizat ni memang kuat meronda. Kalau ada pertandingan ukur jalan, serah aje kat dia.

Sebelum berangkat, Bonda berpesan,

"Jaga rumah elok-elok."

Pesanan standart Bonda setiap kali pergi bercuti.

Kami pula berpesan.

"Kasut sepasang, baju t-shirt 2, seluar jeans 1, errrmm lagi satu beli Blackberry sekali. Tengok betul-betul, jangan terbeli Blueberry atau Blockberry pulak. Sana banyak ciplak."

Pesanan kami memang panjang sedikit. Sekadar mengikut pepatah Inggeris 'Set your goal high'. Kalau tak dapat Blackberry pun, at least dapatlah yang lain-lain tu.

Semoga mereka gembira disana dan selamat pulang.

Imran Syafik
orang kata: gemar pergi ke lapangan terbang